before & after |
Dr. Aafia Siddiqui Yang Tidak Mendapat Pembelaan.
Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura
Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang
melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di
California.
Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12
tahun kerana “berkelakuan biadab” dan memasuki Korea Utara secara haram.
Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk
membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden
Amerika, Bill Clinton telah diutus untuk berbincang dengan Presiden Korea
Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita
itu kemudiannya dibebaskan.
Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bernama Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika.

Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas
beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Islam dan beliau tidak mempunyai
pemimpin yang boleh menjaga serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Siapakah Aafia?
Aafia Siddiqui dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac 1972 dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.
Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang
cahayamata dan merupakan seorang penghafal al-Quran. Beliau merupakan salah
seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan
yang mendapat pendidikan dan latihan kedoktoran di England.
Dr. Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh ejen perisikan
Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di
Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol
berulang-ulang kali, diseksa dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.
Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan
bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak berkuasa Pakistan dan
dimasukkan ke pusat tahanan yang tidak diketahui.
Walaupun kehilangannya telah dilaporkan namun langsung tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa Pakistan, malah sebaliknya seminggu selepas kehilangan beliau, bapanya telah didatangi oleh sepasukan ejen perisikan dan diugut agar tidak mendedahkan kehilangan Aafia kepada umum jika tidak mahu berdepan dengan risiko buruk.

Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan
bahawa seorang tahanan wanita digelar ‘Tahanan 650’ telah dimasukkan ke
Pengkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis cageprisoners.com
telah menulis tentang Tahanan 650 (Aafia) yang menceritakan kisah penyeksaan
dan penderaan ke atasnya di mana beliau telah dirogol berulang-kali selama
lebih empat tahun.
Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema (dengan jeritan
kesakitan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan lain untuk
melancarkan mogok lapar. Yvonne menggelar beliau sebagai ‘wanita seram’ kerana
beliau sudah mirip seperti hantu di mana tangisan, rintihan dan raungannya
terus menerus menghantui siapa sahaja yang mendengarnya. Hal seperti ini tidak
akan pernah berlaku pada wanita Barat.
Kedua-dua pihak baik kerajaan Pakistan mahupun Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehinggalah kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media.

Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau
telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal terus dilemparkan
bahawa beliau telah merampas senjata dari tangan seorang tentera Amerika dan
menembak beberapa orang pegawai tentera Amerika.
Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa
Aafia Siddiqui telah diekstradiksi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau
telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika
mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar
kawasan halaman Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa buku panduan (manual)
tentang letupan dan ‘bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bekas yang bertutup’
bersamanya.
Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah
melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika (walhal tiada
siapa pun di antara mereka yang tercedera) namun sebaliknya Aafia telah
tertembak dirinya sendiri dalam kejadian itu.
Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan ke atas Aafia semasa beliau ditahan di bawah jagaan Amerika di mana salah satu dari buah pinggangnya telah dibuang, beberapa batang giginya telah dicabut, hidung beliau telah dipatahkan dan diperbetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna, rambut beliau dicabut dengan cara yang menyakitkan dan luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna menyebabkan darah berterusan mengalir.

Beliau juga sering dipukul dengan objek keras dan dipaksa berjalan di atas
Al-Quran dalam keadaan bogel dan banyak lagi penyeksaan lainnya yang langsung
tidak berperikemanusiaan. Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia
muncul di mahkamah untuk dibicarakan dengan berkerusi roda dan peguamnya telah
merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang
sewajarnya.
Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim, “Dia
telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor
pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau
telah ditembak.”
Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara bahawa beliau sangat risaukan anak-anaknya terbiar kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu
beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya
sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun di dalam
penjagaan pihak Amerika dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”
Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan tahap kesihatan yang amat buruk. Beliau juga sering diperlakukan dengan cara yang memalukan, dibogelkan dan disiasat seluruh anggota badan dengan cara yang amat menghinakan selepas setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah.

Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau.
Satu laporan menyatakan bahawa beliau berkemungkinan telah menghidap kerosakan
sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang.
Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten
dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress
Disorder).
Laman web Justice For Aafia Coalition (JFAC) melaporkan bahawa kesemua anak
Aafia juga diculik bersama ibu mereka dan berada di bawah tahanan Amerika
secara berasingan dan nasib mereka tidak diketahui sehinggalah ke tahun 2008
apabila salah seorang anaknya, Ahmed Siddiqui dilepaskan dari tahanan AS
selepas kesnya terbongkar.
Sejurus dibebaskan Ahmed menceritakan bagaimana detik-detik dia diculik
bersama ibunya dan adik-adiknya yang lain dan salah seorang dari adiknya yang
bongsu yang masih bayi telah terbunuh. Ahmed juga menceritakan bagaimana dia
diseksa oleh tentera Amerika bersama sebilangan kanak-kanak yang lain.
Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan di bawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini.

Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang dan menjengkelkan, akhirnya,
pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara
selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas
kesalahan cubaan membunuh. Satu hukuman yang langsung tidak masuk akal oleh
sebuah negara yang kononnya bertamaddun dan memperjuangkan hak asasi
manusia!
Justice for Aafia. Sharing this!!
@kredit buat kemuliaan islam
No comments:
Post a Comment