Mangsa |
Mangsa yang juga anak kesangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.
Ketika rakyat India meluahkan simpati terhadap mangsa berusia 23 tahun yang
diperkosa oleh sekumpulan perogol pada 16 Disember lalu itu, mereka
yangmengenalinya menggambarkan mangsa sebagai seorang wanita muda yang sedang
dilamun cinta dan disayangi ramai.
Walaupun belum rasmi bertunang, semua yang mengetahui mangsa merancang
untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang turut cedera parah dalam serangan
itu. Rakan mangsa Meena Rai berkata, dia menemani mangsa membeli belah pakaian
dan hadiah perkahwinan.
Protes dari Rakan2 |
"Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut
diserang dalam bas itu bersamanya", katanya yang tinggal bersebelahan
kediaman mangsa di Mahavir Enclave, kawasan kejiranan di barat daya New Delhi.
"Mereka telah membuat segala persediaan dan merancang parti
perkahwinan di Delhi" katanya.
Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam
mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung beberapa minggu lagi.
"Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,"
kata Usha Rai.
Pada 16 Disember lalu,mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang
gambar "The Live of Pi" di pusat membeli-belah sebelum menaiki bas
yang disangka akan membawa mereka pulang.
Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki
mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang
belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam.
@ Itulah puncanya! Munkin kerana mulut, badan yang binasa.
No comments:
Post a Comment