Saturday, February 9, 2013

Protes!: Dua lelaki bakar diri [Video]




Dua lelaki nekad membakar diri di daerah Yushu, dalam wilayah Qinghai bagi membantah pemerintahan China di Tibet dengan seorang mangsa maut, manakala rakannya parah.

Agensi berita rasmi Xinhua semalam melaporkan, mangsa yang maut merupakan seorang pengembala tempatan. Sementara lelaki yang terselamat berasal dari Aba, dalam wilayah Sichuan.

Sebuah kumpulan pertubuhan nasionalis Tibet dalam buangan, Kongres Pemuda Tibet mengenal pasti mangsa yang mati sebagai Tenzin Khedup, 24, dan rakannya ialah Ngawang Norphel berusia 22 tahun.




Pertubuhan itu turut menyiarkan rakaman video menunjukkan dua lelaki itu memegang bendera kemerdekaan Tibet ketika badan mereka dijilat api.

Sepanjang tahun lalu, dianggarkan berpuluh-puluh orang membakar diri di Tibet, China. Mereka bertindak demikian kerana mendakwa Beijing menindas penduduk etnik Tibet. – AP
 


No comments:

Post a Comment