Dalam fasa mengenali hati budi seseorang lelaki. Samada untuk
dijadikan teman atau teman istimewa. Antara fakta yang harus difahami oleh
wanita:
1)
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu
sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita,
wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang
tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan
dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh
dibualkan atau dikongsi bersama.
2)
Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui
perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
3)
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
4)
Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk
menambat hati wanita.
5)
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat
terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
6)
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan
situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
7)
Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak
macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
8)
Bila lelaki cakap, “Emm. tengoklah dulu” itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
9)
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin
bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
10) Adalah
biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki
lain.
11) Lelaki
tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku
semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham
kenapa perempuan bersikap begitu begini.
12) Kadang-kadang
lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan
perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
13) Betapa
hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’
dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa.
Yang lain hanya kawan.
14) Bila
sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak
menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
15) Bila
seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana
tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
16) Adalah
memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata
perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang
dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata adalah senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan
janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan
mempunyai kelemahan. Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka.
Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang,
wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada
check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.
No comments:
Post a Comment