Wednesday, February 13, 2013

PRU-13: Najib vs Anwar- Pertembungan Antara Reputasi dan Karektor!


Penggal Parlimen sedia ada akan tamat pada 27 April 2013. Sememangnya bahang Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin hampir. Ditambah jika dilihat sekarang masing-masing berkempen pada kedudukan di gear 5. 

Baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Kempen mendekati dan menawan hati rakyat semakin hebat dan suasana dilihat menjadi semakin panas.

Banyak isu-isu yang cuba diketengahkan. Baik oleh Barisan Nasional mahu pun Pakatan Rakyat. Antara 2 tokoh pemimpin Najib Razak dan Anwar Ibrahim
Kedua-duanya merupakan dua nama pemimpin besar negara sekarang ini. 



1.Datuk Seri Najib Razak - Perdana Menteri Malaysia
2.Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang Malaysia

Kedua-dua jawatan dan peranan tersebut diiktiraf yang mana telah sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong. Ditambah Pakatan Rakyat dikatakan telah sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kita perhatikan pertembungan dua pemimpin ini semasa Pilihanraya Umum ke-13 nanti bakal menjadi pertembungan yang menarik antara dua personaliti yang berbeza.

1.Jikalau dipihak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia sekarang, Datuk Seri Najib Razak cukup yakin dengan dasar & pelan mega yang sedang dilaksanakan iaitu Pelan Transformasi Negara.

2.Manakala, disebelah Pakatan Rakyat pula mereka membawa agenda-agenda reformasi yang terkandung di dalam Buku Jingga mereka.

Apa yang menariknya di sini, jika dilihat sokongan yang diterima oleh kedua-dua pihak agak seimbang. Sehingga sukar untuk meramalkan dipihak mana yang akan menang. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Seterusnya siapakah yang akan mengalas tugas Ketua Negara Malaysia selepas ini.

Jika diamati seorang ada karakter dan seorang lagi pemimpin yang ada reputusi tersendiri  bagi merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Antara Reputasi VS Karakter .

Calon PM #1 : Najib Razak
jika diperhatikan dari posisi yang lain terhadap Najib Razak, beliau adalah merupakan seorang tokoh yang mempunyai reputasi yang kuat. Reputasi sebagai anak golongan aristokrat atau pun bangsawan. Keluarga di sebelah ibu dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik Malaysia sebelum ini.

           
Najib Razak menjadi ahli Parlimen seawal umur berusia 23 tahun mengantikan almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Selepas daripada itu, beliau terus melangkah dalam hierarki parti dan kerajaan tanpa menoleh kebelakang lagi dengan bersandarkan kepada reputasi keluarga yang kuat. Daripada menyandang jawatan sebagai seorang Timbalan Menteri hinggalah kini sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.

Walaubagaimanapun, ketokohan Najib Razak untuk sebagai seorang ahli politik yang sebenar belum benar-benar teruji lagi. Realitinya sepak terajang dan cantas mencantas dalam politik sudah menjadi lumrah. Kalau dilihat selama ini perjalanan politik Najib Razak agak lancar dan cukup sempurna. Perfect 10. Bahawasanya ketokohan dan kewibawaannya belum pernah diuji lagi. Belum pernah.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib Razak sedang cuba untuk membina karakternya tersendiri bagi menguatkan dirinya menghadapi sebarang ujian dalam politik kelak. Sekurang-kurang beliau tidak hanya mahu bersandar kepada reputasinya semata-mata, sepertimana jawatan perdana Menteri Malaysia yang beliau sandang sekarang ini.

Dalam usaha mendekati dan memikat hati orang muda beliau mengujudkan Rakan Maya, ia itu sebagai rakan yang boleh berinteraksi secara eksklusif dengan beliau. Serta melancarkan jenama popularnya ia itu 1Malaysia. Antara produk yang telah dilancarkan: IM4U (1Malaysia for youth), BR1M (bantuan rm500), BL1M (bantuan lesen) Bantuan khas awal persekolahan, Sara1M (saham), Klinik1M, BB1M (baucer buku) TR1M (teksi), PR1MA (perumahan), KR1M (Kedai Rakyat), COOP1M (koperasi) dan yang terkini...



Calon PM #2 : Anwar Ibrahim?
Seperti  sedia maklum, satu dunia sudah tahu Anwar Ibrahim adalah merupakan seorang tokoh politik yang hebat. Kelicikkannya berpolitik dan kepetahannya berpidato memang tidak boleh di sangkal lagi. Sudah terkenal di seantero dunia.  Jika diamati, Anwar Ibrahim reputasi apa yang dia ada?

Berbelas tahun selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO, di penjarakan atas tuduhan kesalahan liwat dan selepas sahaja keluar dari penjara terus aktif semula dalam politik sehingga dilantik menjadi memimpin Pakatan Rakyat selaku Ketua Pembangkang Malaysia , media arus perdana tidak kira cetak mahupun elektronik terus memutarkan kesalahan & kejahatan yang dilakukan di bumi Malaysia ini.

Main bontotlah, main bini oranglah, main jantanlah, main pelacurlah, agenYahudilah, agen CIAlah dan macam-macam agen lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Sehinggakan seperti ada satu slot khas tidak kira di media elekronik & media cetak yang akan memaparkan “segala kejahatan” yang dilakukan selama ini di bumi Malaysia. Sehingga akhirnya ramai termakan dan mula merasakan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral, jahat dan haprak.

Tetapi hairan bin ajaibnya, Anwar Ibrahim ini semakin hari semakin ramai yang mahu mendengar apa yang beliau ingin sampaikan & kongsikan kepada rakyat. Ini sebenarnya yang menarik untuk dianalisa!

Anwar Ibrahim ini adalah seorang tokoh politik yang mempunyai karakter yang kuat sebagai seorang “street fighter” dalam politik yang telah terbina sejak dia di universiti lagi. Karektornya terus berkembang dalam ABIM dan semakin menyerlah bila dia menyertai UMNO. Dia berjaya mengharungi sepak terajang dalam UMNO hingga mampu menjadi Timbalan Presiden UMNO. Satu pencapaian yang luar biasa dan cukup mengkagumkan dalam politik UMNO sebelum beliau dipecat selepas itu.

Walau apapun, Pilihanraya Umum ke-13 kelak merupakan pertembungan paling hangat dalam sejarah politik di Malaysia. Dan juga Pilihanraya Umum ke-13 kelak juga merupakan medan yang sebenar pertembungan antara kedua-dua tokoh politik ini, antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim.

Pertembungan antara seorang tokoh yang mempunyai REPUTASI dan juga seorang lagi tokoh yang mempunyai KAREKTOR bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya…

Mana satu pilihan Anda?



 

No comments:

Post a Comment