Joanne Katheen Rowling, penulis novel Harry Potter.
Joanne Kathleen Rowling atau lebih dikenali sebagai J.K.
Rowling dilahirkan pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, dekat Bristol,
England. Beliau yang tinggal di Edinburgh, Scotland, Rowling menjadi sensani
kesusasteraan antarabangsa pada tahun 1999 apabila tiga siri pertama novel
remaja Harry Potter mengambil alih tiga tempat teratas dalam senarai New York
Times best-seller selepas memperoleh kejayaan yang sama di United Kingdom.
Rezeki Rowling semakin bertambah apabila siri ke-4, Harry
Potter and the Goblet of Fire diterbitkan pada bulan Julai tahun 2000. Siri ini
menjadi buku paling laris jualannya dalam sejarah
Perintis Harry
Potter
Sebagai seorang graduan Universiti Exeter, Rowling berpindah
ke Portugal pada tahun 1990 untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di
sana dia berjumpa dan berkahwin dengan seorang wartawan Portugis. Anak
perempuan mereka, Jessica, dilahirkan pada tahun 1993. Selepas perkahwinannya
berakhir dengan penceraian, Rowling berpindah ke Edinburgh bersama-sama dengan
anaknya dan tinggal berhampiran dengan rumah adik perempuan Rowling.
Rowling menghadapi masalah untuk menyara diri dan anaknya
dan semasa itu, beliau mula menulis sebuah buku. Rowling dikatakan mendapat
idea tentang penulisan buku itu sewaktu dalam perjalanan menaiki kereta api
dari Manchester ke London pada tahun 1990. Selepas beberapa kali ditolak,
Rowling berjaya menjual buku itu, Harry Potter and the Philosopher's Stone
untuk jumlah sebanyak AS$4,000.
Menjelang musim panas pada tahun 2000, tiga buku pertama
Harry Potter: Harry Potter and the Sorcerer's Stone, Harry Potter and the
Chamber of Secrets, dan Harry Potter and the Prisoner of Azkaban telah mengaut
keuntungan lebih kurang AS$480 juta dalam masa tiga tahun, dengan cetakan
melebihi 35 juta naskhah dalam 35 buah bahasa.
Pada Julai 2000, Harry Potter and the Goblet of Fire
telah dicetak buat pertama kalinya sebanyak 5.3 juta naskhah dengan tempahan
tambahan sebanyak 1.8 juta naskhah. Rowling, yang kini merupakan salah seorang
daripada wanita terkaya di Britain, merancang untuk mengarang tujuh buah buku
bagi siri tersebut yang setiap satunya meriwayatkan setiap tahun dalam hidup
Harry Potter, iaitu seorang budak sihir dan kumpulan rakannya yang bermacam-macam
di Sekolah Sihir Hogwarts.
Buku kelimanya, Harry Potter and the Order of the
Phoenix, telah mula dipasarkan pada 12 tengah malam 21 Jun 2003, serentak di
seluruh dunia selepas lebih kurang 3 tahun buku keempat diterbitkan.
Buku keenam, Harry Potter and the Half-Blood Prince, juga
telah dilancarkan secara rasminya serentak di seluruh dunia pada 12.01 malam 16
Julai 2005. Untuk melancarkan buku itu, beliau mengadakan keraian istimewa di
Kastil Edinburgh. Beliau melibatkan diri dalam beberapa temu ramah dan
meluangkan masa dengan pembaca kanak-kanak yang meminati bukunya. Setakat ini,
majlis pelancaran buku keenam di seluruh dunia lebih mendapat perhatian
daripada pelancaran buku Harry Potter yang lain.
Dari Buku ke Layar
Perak
Harry Potter and the Sorcerer’s Stone telah diterbitkan
di layar perak di bawah arahan yang mula ditayangkan pada 16 November 2001.
Pada hujung miggu pembukaannya di Amerika Syarikat, ia telah menempa rekod
dengan keuntungan dianggarkan AS$93.5 juta (AS$20 juta lebih banyak dari
pemegang rekod terdahulu iaitu filem 1999, The Lost World: Jurassic Park).
Pada hujung tahun itu, ia telah menjadi filem paling
banyak mendapat untung kasar pada 2001. Sekuel filem bagi siri ini, Harry
Potter and the Chamber of Secrets, mula ditayangkan pada 15 November 2002 dan
menjadi filem ketiga bagi pembukaan hujung minggu terbaik dalam sejarah pecah
panggung.
Filem ketiga, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
telah mula ditayangkan pada 4 Jun 2004 manakala filem keempat, Harry Potter and
the Goblet of Fire telah ditayangkan di Malaysia pada 17 November 2005. Filem
kelima pula adalah pada 12 Julai 2007.
Keluarga
Penghujung Disember 2001, Rowling berkahwin dengan Dr.
Neil Murray di rumah mereka di Scotland. Anak kedua mereka dan anak lelaki pertama
mereka, David Gordon Rowling Murray, dilahirkan pada 24 Mac 2003, di Royal
Infirmary, Edinburgh. Untuk menjaga anaknya itu, Rowling mengatakan yang dia
akan kurang muncul di khalayak ramai dan menandatangani buku kelima yang pada
ketika itu baru dilancarkan.
Tidak berapa lama selepas mengumumkan yang buku keenam
siri Harry Potter telah sempurna dikarang, Rowling melahirkan anak perempuan
pada 23 Januari 2005 dan dinamakan Mackenzie Jean Rowling Murray.
Kini, J .K. Rowling telahpun menerbitkan buku ketujuh dan
penamat bagi siri tersebut pada 21 Julai 2007. Beliau mengatakan yang beliau
tidak akan menyambung lagi siri itu dan beliau ingin mencuba mengarang suatu
genre yang baru.
Buku Harry Potter
Berikut adalah judul versi bahasa Inggeris dan judul
bahasa Melayu dalam kurungan.
- § Harry Potter and the Philosopher's Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat)
- § Harry Potter and the Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia)
- § Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban)
- § Harry Potter and the Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api)
- § Harry Potter and the Order of the Phoenix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix)
- § Harry Potter and the Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan)
- § Harry Potter and the Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut)
- § Di Malaysia, buku-buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbitan Pelangi.
Filem-filem
- § Harry Potter and the Sorcerer's Stone (2001)
- § Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
- § Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
- § Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
- § Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
- § Harry Potter and the Half-Blood Prince (2008)
- § Harry Potter and the Deathly Hallows(2010)
[Sumber]
No comments:
Post a Comment