Sunday, February 10, 2013

Shila buat kenyataan guna YouTube, minta maaf


Syila Amzah

SELEPAS mengeluarkan kenyataan menerusi e-mel kepada media dan meluahkan perasaan di laman mikro Twitter, penyanyi, Shila Amzah telah memuat naik video permintaan maaf  ke laman Youtube sambil menyanyi lagu Ombak Rindu.

Video berdurasi 4.14 minit yang dimuat naik oleh penyanyi itu semalam sudah dipadamkan. Bagaimanapun beberapa peminatnya memuatkan klip itu di laman YouTube.

Kisah cinta Shila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad semakin ‘panas’ apabila mendapat reaksi kurang senang daripada bapanya, ND Lala. Sebelum ini, ND Lala dikatakan tidak bersetuju terhadap perancangan Sharnaaz yang mahu merisik Shila kerana mahu Shila menumpukan sepenuh perhatian ke atas kerjaya.

Selasa lalu, Shila mengeluarkan kenyataan kepada pihak media setelah lama berdiam diri yang berharap kontroversi terbaru itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Meskipun tindakan Shila yang memuat naik video dirinya menangis sambil menyanyi ini mendapat kritikan ramai, namun tidak kurang juga yang bersimpati kepadanya.

Lihat Video ini... sebelum datarik keluar dari YouTube,



"Assalamualaikum semua. Sha harap semua okay. Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua.

"Mak, abah, Sha minta maaf sangat. Sha rindu sangat semua orang," katanya dengan wajah yang kusam dan kesedihan.

Meskipun dalam keadaan sedih, Shila sempat menyanyikan lagu Ombak Rindu sambil memetik gitar. Akaun twitter Shila dibanjiri kata-kata semangat daripada peminat sejak Selasa lalu. - SH


@ Didoakan semuanya kembali jernih seperti sediakala,.

 

No comments:

Post a Comment