Sunday, February 10, 2013

Fahami Tentang Kahwin Kontrak



Apabila individu itu berkahwin dengan pasangannya, ikatan pernikahan itu bukan lagi satu permainan. Ia sudah bertukar menjadi tanggungjawab pasangan untuk menentukan arah rumah tangga yang dibina bahagia.

Sekiranya pasangan berkahwin atas dasar kasih sayang, pastinya rumah tangga yang dibina akan bahagia.

Berbeza sekiranya ijab kabul berlangsung atas dasar kontrak atau perjanjian yang akan terlerai sebaik kontrak telah dipenuhi atau dipersetujui.

Ada yang sanggup dinikahkan secara kontrak untuk duit, mendapatkan anak untuk mewarisi harta atau apa sahaja hajat di hati dan pasangan ini akan berpisah selepas semua yang diperlukan sudah ada dalam tangan.

Biarpun tidak diketahui jumlahnya, ramai juga yang mengetahui berlakunya perkahwinan secara kontrak biarpun ia bukan norma biasa dalam masyarakat kita.

Semua sedia maklum, ikatan perkahwinan dapat menghindarkan zina tetapi alasan untuk mendapatkan anak secara sah dengan mengadakan kahwin kontrak tetap berdosa kerana ia bertentangan dengan agama.

Perkahwinan kontrak atau dikenali dengan nama kahwin misyar atau kahwin mutaah ini bagaimanapun bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan biarpun mazhab lain seperti Syiah membolehkan pengikutnya berbuat demikian.

Bagi yang kurang memahami maksud di sebalik kahwin kontrak, ialah perkahwinan mengikut satu-satu jangka masa atau perjanjian sementara berpandukan kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh pasangan.


No comments:

Post a Comment