[Warning! Untuk bacaan orang Dewasa
sahaja!]
Keinginan untuk menjadi lebih cantik
memang tidak dapat dipisahkan dari wanita.Malah boleh dikatakan kebanyakan
wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak hanya semata-mata untuk perawatan
kecantikan.
Mungkin jika menurut apa yang dikatakan oleh beberapa orang pakar,ada cara yang lebih murah dan menyenangkan untuk wanita mencantikkan diri,iaitu dengan seks!
Mungkin jika menurut apa yang dikatakan oleh beberapa orang pakar,ada cara yang lebih murah dan menyenangkan untuk wanita mencantikkan diri,iaitu dengan seks!
Tapi,apa hubungannya
kecantikan dan seks?
Ini alasannya!
1.Solekan Semulajadi
Jika anda biasa meluangkan sedikit
waktuuntuk bersetubuh dengan suami sebelum berangkat ke tempat kerja, anda
tidak perlu memakai solekan tebal tebal untuk ke pejabat. Dengan melakukan
hubungan seks minima 15-20 minit, pipi anda akan bersemu merah semulajadi,
bibir jadi berwarna lebih segar dan kulit akan terlihat cerah bercahaya.
Malah,kesannya boleh bertahan hingga beberapa jam.
“Selama bersetubuh, anda jadi gembira,
dan pembuluh darah melebar seperti yang terjadi pada penis lelaki (ketika
penetrasi). Aliran darah membuat penis
menegang dan warnanya memerah. Ini juga
lah yang terjadi pada membran mukosa wanita, sehingga menghasilkan kulit tubuh
yang kemerahan dan bercahaya,”
jelas Dr.Michael Roizen, Chief
Wellness Officer di Cleveland
Clinic Roizen.
2.Tubuh Lebih Menarik
Seks boleh membuat wanita lebih percaya
diri sehingga refleksi dari dalam terpancar keluar dan membuatkan penampilan
lebih menarik. Menurut pakar seks, Mary Jo Rapini, M.Ed, L.P.C., sesi seks yang
hebat boleh membuat wanita lebih ‘bangga diri’ yang terlihat dari cara berjalan
yang penuh semangat dan percaya diri.
“Ketika saya bertanya kepada para
lelaki:’Apa hal paling menarik tentang pasangan anda?’, satu dari tiga jawapan
yang terbanyak adalah cara dia bergerak,” ujar Mary.
Penjelasan ilmiahnya, setelah melakukan
seks, cara berjalan wanita akan terlihat semakin feminin. Dengan kepala sedikit terangkat, pinggul
menghayun ke kiri dan kanan dan posture tubuh lebih baik (dada membusung,
punggung terangkat). Sikap penuh percaya
diri itu yang membuat tubuh anda kelihatan amat mempersona.
3.Rambut Lebih Indah
Seks juga berperanan menyumbang pada
keindahan rambut. Dr. Michael Roizen
menjelaskan, setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah, dan kelancaran aliran darah sangat berpengaruh
terhadap kecantikan dalaman mahupun luaran. Peredaran darah semakin lancar,
bererti rambut anda ternutrisi dengan baik. Hasilnya rambut lebih nampak
sihat,segar dan berkilau.
4.Awet Muda
Wanita yang kualiti kehidupan seksnya
baik, akan terlihat dua malah hingga lapan tahun lebih muda dari usia
sebenarnya. Sering bersetubuhj uga mencegah anda dari terkena berbagai penyakit
serius.
“Fungsi tubuh anda juga akan lebih
muda, itu kesan yang pasti. Seks juga menurunkan risiko terkena penyakit
serius, seperti sakit jantung dan kanser,”
jelas Dr.Michael.
Tidak hanya itu, seks juga menghindari
anda dari depresi, mood yang tidak stabil, keinginan bunuh diri dan gangguan
psikologi lain yang boleh menyebabkan perubahan perilaku menjadi negatif.
No comments:
Post a Comment