Sir Alex Ferguson |
Karier di Manchester
United
1986-90: Tahun-tahun
awal
Ferguson dilantik sebagai pengurus
United di Old Trafford pada 6 November 1986. Beliau merasa resah dengan keadaan
pemain-pemain seperti Norman Whiteside, Paul McGrath dan Bryan Robson yang
kerap mabuk dan mempunyai tahap kecergasan yang rendah.
Namun Ferguson berjaya mendisiplinkan
pemain dan United mengakhiri musim di tangga ke-11. Kemenangan tunggal di
tempat lawan mereka pada musim tersebut tiba di Anfield, yang mana United
menewaskan Liverpool 1-0 - yang merupakan satu-satunya kekalahan tempat sendiri
Liverpool pada musim itu yang mana mengakhiri harapan mereka mempertahankan
gelaran liga.
Tiba di MU |
Tiga minggu selepas pelantikannya, ibu
Ferguson, Elizabeth meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru ketika berusia
64 tahun. Ferguson melantik Archie Knox, pembantunya di Aberdeen sebagai
pembantu beliau di Manchester United.
Pada musim 1987-88, Ferguson membawa masuk beberapa pemain,
termasuklah Steve Bruce, Viv Anderson, Brian McClair dan Jim Leighton.
Pemain-pemain baru tersebut nyata memberi sumbangan besar kepada United yang
menamatkan musim di tempat kedua, 9 mata di belakang Liverpool.
United dijangkakan akan bertambah baik
selepas Mark Hughes kembali ke kelab setelah dua tahun di Barcelona, namun
musim 1988-89 nyata mengecewakan apabila United menamatkan musim di tangga
ke-11 dan tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Nottingham Forest dalam pusingan
keenam Piala FA.
Gary Pallister |
Dalam persediaan menghadapi musim
1989-90, Ferguson mempertingkatkan kekuatan pasukan dengan membayar harga mahal
bagi mendapatkan pemain tengah, Neil Webb dan Paul Ince. Ia juga termasuklah
memecahkan rekod British pada ketika itu apabila mendapatkan pertahanan Gary
Pallister dari Middlesbrough dengan bayaran perpindahan sebanyak £2.3 juta.
Mereka bermula dengan baik dengan
kemenangan 4-1 ke atas penyandang juara liga Arsenal, namun prestasi United
mengalami penurunan. Pada September, United mengalami kekalahan memalukan 5-1
di tempat lawan kepada musuh setempat Manchester City. Ia mengakibatkan peminat
dan jurnalis mendesak Ferguson dipecat, dengan Ferguson sendiri mengakui
Disember 1989 sebagai detik paling pahit pernah dialaminya sepanjang kariernya.
Setelah tujuh perlawanan tanpa sebarang
kemenangan, Manchester United diundi menentang Nottingham Forest di tempat
lawan dalam pusingan ketiga Piala FA. Pada ketika itu, Forest beraksi baik
dalam liga dan United dijangka akan tewas dalam perlawanan tersebut, diikuti
dengan pemecatan Ferguson. Namun United menang 1-0 dan terus mara hingga ke
final.
Kemenangan tersebut sering dikatakan
sebagai penyelamat karier Ferguson. United seterusnya memenangi Piala FA
tersebut, menewaskan Crystal Palace 1-0 dalam final ulangan setelah terikat
seri 3-3 dalam perlawanan pertama. Ini memberikan trofi pertama buat Ferguson
selaku pengurus United. Prestasi pertahanan United yang teruk pada perlawanan
pertama diletakkan pada bahu penjaga gol Jim Leighton, yang memaksa Ferguson
menggugurkan beliau dan membawa masuk Les Sealey.
1990-93: Kejayaan
sulung
Fergie |
Walaupun prestasi United dalam liga
meningkat, namun mereka masih tidak konsisten dan menamatkan musim 1990-91 di
tempat keenam. Walaupun selepas kemenangan Piala FA musim lalu, ramai yang
masih skeptikal dengan kemampuan Ferguson untuk memenangi kejuaraan liga -
sesuatu yang gagal dilakukan pengurus-pengurus United selepas zaman pengurus
legenda Sir Matt Busby. United kemudiannya muncul naib juara dalam Piala Liga
Inggeris, tewas 1-0 kepada Sheffield Wednesday. Seterusnya, United memenangi
Piala Pemenang UEFA dengan menewaskan Barcelona 2-1. Selepas perlawanan itu, Ferguson
berazam akan memenangi liga pada musim seterusnya.
Ketika pra-musim 1991-92, pembantu
pengurus United, Archie Knox berhijrah ke Rangers untuk menjadi pembantu kepada
Walter Smith, dan Ferguson mengambil jurulatih skuad remaja Brian Kidd
menggantikan Knox.
The Champion |
Bagaimanapun, musim 1991-92 menyaksikan
jangkaan Ferguson meleset. United memenangi Piala Liga dan Piala Super Eropah
buat kali pertama, tetapi tewas dalam perebutan liga kepada Leeds United.
Ferguson merasakan kegagalannya mendapatkan khidmat Mick Harford dari Luton
telah menyebabkan United gagal memenangi liga, dan beliau nyata memerlukan
dimensi tambahan bagi memastikan United memenangi liga pada musim seterusnya.
Ketika menghampiri musim 1992-93,
Ferguson memulakan pemburuan penyerang baru. Setelah cubaannya untuk
mendapatkan Alan Shearer dari Southampton gagal, Ferguson membayar Cambridge
United £1 juta untuk penyerang berusia 23 tahun, Dion Dublin. Dublin merupakan
satu-satunya pemain baru United musim panas itu.
Eric Cantona |
Selepas permulaan yang perlahan, yang
mana menyaksikan United menduduki tangga kesepuluh pada November, United tampak
akan gagal dalam usaha memenangi liga. Namun, setelah pembelian penyerang
Perancis Eric Cantona dari Leeds United dengan £1.2 juta, masa depan United dan
Ferguson mula bersinar.
Cantona membentuk gandingan mantap
bersama-sama Mark Hughes dan membawa United ke puncak liga, mengakhiri
penantian 26 tahun United sekaligus menjadi juara pertama bagi Liga Perdana,
setelah penstrukturan semula. United menamatkan musim dengan kelebihan 10 mata
di depan Aston Villa, yang mana kekalahan 0-1 mereka kepada Oldham Athletic
pada 2 Mei 1993 memastikan kejuaraan buat United. Ferguson juga diundi sebagai
Pengurus Terbaik Tahunan pada tahun itu.
1993-99: Dua
kejuaraan berganda dan treble
Musim 1993-94 membawa lebih banyak
kejayaan buat United. Ferguson membawa masuk Roy Keane, 22 tahun, dengan rekod
perpindahan £3.75 juta sebagai pengganti jangka panjang untuk Bryan Robson yang
berada di penghujung kariernya.
United mendahului kedudukan liga pada
musim 1993-94 dari awal hingga akhir musim, dengan Cantona menjadi penjaring
terbanyak dengan 25 gol dalam keseluruhan pertandingan biarpun dibuang padang
sebanyak dua kali dalam masa 5 hari pada Mac 1994. United turut mara ke final
Piala Liga Inggeris namun tewas 1-3 kepada Aston Villa yang diuruskan oleh
bekas pengurus United, Ron Atkinson. Dalam final Piala FA, United membenam
Chelsea 4-0 dan melengkapkan kejuaraan berganda United musim tersebut. Pada
akhir musim, Ferguson membawa masuk David May daripada Blackburn Rovers dengan
yuran sebanyak £1.2 juta.
Andy Cole |
Musim 1994-95 adalah musim agak sukar
buat Ferguson. Cantona menyerang seorang penyokong Crystal Palace dalam
perlawanan di Selhurst Park, yang menyebabkannya digantung 8 bulan disertai
dengan 120 jam khidmat komuniti. Bagaimanapun, United berjaya mendapatkan
penyerang prolifik Newcastle United, Andy Cole dengan bayaran perpindahan yang
mencatatkan rekod Britain, £7 juta dengan pemain sayap muda Keith Gillespie
menghala ke Newcastle sebagai pertukaran.
United terlepas gelaran liga setelah
sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan West Ham United pada hari
terakhir perlawanan, yang mana kemenangan akan memahkotakan mereka sebagai
juara liga. United juga tewas dalam perlawanan akhir Piala FA, 0-1 di tangan
Everton.
Ferguson dikritik hebat pada musim
panas 1995 apabila tiga daripada pemain utama United dibenarkan untuk berpindah
dan tiada sebarang pengganti yang dibeli. Paul Ince berpindah ke Internazionale
dengan bayaran sebanyak £7.5 juta, penyerang Mark Hughes secara mengejut dijual
ke Chelsea dengan £1.5 million dan Andrei Kanchelskis dijual ke Everton.
David Beckham |
Apabila United tewas 1-3 dalam
perlawanan pertama liga di tangan Aston Villa, media nyata mengkritik hebat
Ferguson dan mengenepikan peluang United memenangi gelaran liga disebabkan
kebanyakan pemain kesebelasan utama United terdiri daripada pemain muda dan
kurang berpengalaman. Bagaimanapun, pemain-pemain tersebut bermain baik dan
United memenangi lima perlawanan seterusnya.
Kepulangan Cantona dari penggantungan
memberikan tonik tambahan buat United, bagaimanapun United mendapati mereka
berada 14 mata di belakang pendahulu liga Newcastle United. Bagaimanapun,
beberapa siri kemenangan pada awal 1996 menyaksikan jurang tersebut semakin
mengecil dan pada awal Mac United mendahului kedudukan liga. Ia amat berbeza
dengan Newcastle yang mengalami kejatuhan prestasi, yang mana pengurus mereka,
Kevin Keegan, tampak tertekan dengan perebutan gelaran.
Ia mencapai kemuncaknya setelah
permainan minda Ferguson, yang amat gemar dilakukannya, memberi kesan kepada
Keegan. Kejayaan liga United disahkan pada hari terakhir musim, dan diikuti
dengan kejayaan menjulang Piala FA, menewaskan Liverpool 1-0 hasil jaringan
babak akhir Cantona.
Musim 1996-97 menyaksikan Ferguson
membawa United menjulang gelaran liga keempat dalam lima musim. Pada akhir
Oktober, mereka tewas tiga perlawanan berturut-turut dan dibolosi 13 gol. Malah
United juga gagal meneruskan rekod 40 tahun tanpa kalah di tempat sendiri pada
peringkat Eropah setelah dikejutkan oleh kelab Turki, Fenerbahce. Namun mereka
mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, yang mana mereka disingkirkan
oleh kelab Jerman, Borussia Dortmund. Pada akhir musim, Cantona membuat
keputusan mengejut bersara daripada bola sepak pada usia 30 tahun.
Teddy Sheringham |
Ferguson membuat dua pembelian pada
pra-musim 1997-98, penyerang England Teddy Sheringham, dan pertahanan Denmark
Henning Berg. Bagaimanapun United gagal memenangi sebarang piala dengan
Arsenal, di bawah pengurus baru Arsene Wenger, menjulang gelaran liga musim
itu. Wenger kemudiannya terlibat dengan permusuhan berpanjangan dengan
Ferguson. Pada musim panas 1998, penyerang Dwight Yorke, pertahanan kental Jaap
Stam, dan pemain sayap Jesper Blomqvist menyertai United.
Pada Disember 1998 pembantu pengurus
Brian Kidd menerima tawaran untuk menguruskan Blackburn Rovers dan Ferguson
merekrut Steve McClaren daripada Derby County sebagai pengganti. Pasukan Kidd
akhirnya tersingkir ke divisyen bawahan setelah diikat seri oleh United 0-0.
"treble" |
Musim 1998-99 menyaksikan United
menjulang kejuaraan "treble" yang meliputi Liga Perdana Inggeris,
Piala FA Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Ketika pusingan separuh akhir
Liga Juara-Juara, United melepaskan dua gol awal kepada Juventus sebelum Roy
Keane, yang digantung kemudiannya dari aksi final, menyuntik inspirasi buat
United untuk bangkit membenam Juventus 3-2 dan mara ke final.
Pada separuh akhir Piala FA, United
bertemu musuh tradisi Arsenal dan tampak akan disingkirkan setelah Roy Keane
dibuang padang dan Arsenal memperoleh sepakan penalti saat akhir.
Ryan Giggs |
Bagaimanapun Peter Schmeichel
menyelamatkan sepakan Dennis Bergkamp, dan dalam masa tambahan Ryan Giggs
menjaringkan gol yang boleh disifatkan sebagai gol tercantik dalam sejarah
kejohanan dan membawa United ke final.
Mereka seterusnya menewaskan Newcastle
2-0 dalam final hasil jaringan Teddy Sheringham dan Paul Scholes. Paling
diingati adalah kejayaan Eropah, yang mana pada minit ke-90 United ketinggalan
0-1 di Nou Camp kepada Bayern Munich hasil sepakan percuma Mario Basler.
Namun ketika masa kecederaan 3 minit yang diberikan pengadil Pierluigi Collina, pemain gantian Teddy Sheringham menyamakan kedudukan dan masa tambahan nampak semakin nyata. Namun, ketika tinggal beberapa saat sebelum tamat masa sebenar, seorang lagi pemain gantian Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan gol kemenangan dan mencipta sejarah buat United.
Namun ketika masa kecederaan 3 minit yang diberikan pengadil Pierluigi Collina, pemain gantian Teddy Sheringham menyamakan kedudukan dan masa tambahan nampak semakin nyata. Namun, ketika tinggal beberapa saat sebelum tamat masa sebenar, seorang lagi pemain gantian Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan gol kemenangan dan mencipta sejarah buat United.
The Bos and Wife |
Pada 12 Jun 1999, Ferguson menerima
darjah kebesaran British atas pencapaiannya dalam bola sepak.
Antara Koleksi Trofi yang dimenangi...
Antara bintang yang menyinar di bawah kendalian Sir Alex:
The STAR is born...
eric cantona |
andrei kanchelskis |
van nistelrooy |
dwight yorke |
ole gunnar solskjaer |
david beckham |
paul scholes |
cristiano ronaldo |
damitar barbatov |
wayne rooney |
Carrick |
No comments:
Post a Comment