KUALA
LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malsyia (Mapim) amat kesal darjat
politik di negara ini sudah menurun dari politik serius untuk mengurus
kehidupan rakyat menjadi politik menabur wang dan menghidang hiburan kepada
rakyat.
Setiausaha
Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, sekarang politik pecutan
terakhir yang sedang digerakkan ialah menaburkan lagi wang yang tersisa untuk
rakyat dan menghimpunkan rakyat dengan hiburan mega walaupun berbelanja besar
untuk membayar artis luar sehingga mencecah RM2 juta.
“Kami
mempersoalkan serendah mana lagi parti pemerintah mahu bawa rakyat dan negara
ini dalam berpolitik,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Kenyataan beliau seterusnya seperti di bawah.
Kami
senaraikan kerendahan berpolitik yang sangat memalukan yang dilakukan oleh
peneraju pemerintah negara sepanjang tempoh berkempen untuk PRU13 yang bakal
diadakan:
1.
Menyebar bahan lucah untuk memfitnah lawan politik
2.
Mempertajamkan politik perkauman untuk meraih undi kaum tertentu.
3.
Mengguna isu agama untuk mempolemik dan menegangkan perhubungan antara penganut
agama.
4.
Mengguna wang dan janji peruntukan besar untuk ditabur kepada rakyat.
5.
Menjemput artis luar dengan bayaran tinggi untuk menghimpun rakyat.
7. Membeli
wakil rakyat untuk mengkhianati undi rakyat.
8.
Mengerah jabatan awam untuk mengguna seluruh peruntukan bagi menabur wang
kepada rakyat diluar bajet yang direncanakan.
9.
Mengguna media awam untuk menyerang parti lawan tanpa memberi peluang parti
lawan untuk menjawab serangan.
10.
Mengguna pihak keselamatan untuk menekan parti lawan.
11.
Mengguna kumpulan samseng untuk mengganggu dan menyerang majlis parti lawan.
Dari
senarai di atas kami menjangka martabat berpolitik di negara ini tidak lagi
menuju kepada kematangan dan menilai politik sebagai perjuangan yang mulia dan
dihormati tetapi sudah jatuh ket ahap politik murahan yang sangat memalukan.
Kini
menjemput artis terkenal dari Korea yang menelan belanja yang tidak munasabah
dihidangkan kepada rakyat hanya dengan tujuan untuk menarik kehadiran rakyat
dan mencelah peluang untuk berkempen.
Malah ada wakil rakyat yang terlalu ghairah untuk turut menari di
pentas bersama artis tersebut hanya untuk mencari populariti murahan.
Tabiat seperti ini samasekali bukan lagi menyumbang kepada politik
sihat dan bermaruah tinggi tetapi terjebak dengan politik lucah dengan tarian
yang bertentangan dengan nilai timur apatah lagi nilai agama.
Kami juga amat prihatin betapa artis tempatan meluahkan rasa tidak puas
hati bila pihak penganjur mengenepikan mereka untuk memberi layanan lebih utama
kepada artis luar.
Keluhan mereka bahawa janji
pihak kerjaaan untuk memberi pelbagai insentif kepada industri dan artis
tempatan ternyata menghampakan.
Kini tiba-tiba seorang artis luar ditampilkan hanya untuk menghimpun
peminat dan mengambil kesempatan untuk berkempen sempenan perayaan Tahun Baru
Cina dengan belanja besar yang melampau.
Kami lebih kesal jika pihak pemerintah melalui penganjur dan penaja
mampu mengeluar belanja sebesar itu untuk seorang artis luar, bagaimana pula
nasib sekolah desa dan sekolah agama yang masih daif tidak mendapat peruntukan
sebesar itu untuk ratusan ribu pelajar dan pendidiknya.
Inilah politik yang sangat memalukan bukan sahaja untuk rakyat malah
juga memaparkan darjah politik rendah dimata dunia. Sebagai sebuah negara
anggota OIC serta Asean yang sangat sarat dengan nilai agama dan nilai hidup
ketimuran, acara dan politik hiburan sebegini sangat pelik dan tidak
melambangkan kematangan dan memgutamakan politik berfikiran murni dan tinggi.
Adakah ini yang hendak dibangunkan setelah negara mendewasa sebagai
negara merdeka dengan slogan 1 Malaysia. Transformasi sosial apakah yang
dimaksudkan oleh PM Datuk Seri Najib bila melaungkan retorik bahawa negara
perlu mempunyai rakyat yang kuat berpegang kepada nilai moral dan budaya murni
tetapi dalam masa yang sama merestui acara yang menampilkan hiburan yang tidak
ada kaitan malah bertentangan sama sekali dengan nilai dan budaya masyarakat di
negara ini.
Kami kesal bila retorik transformasi sosial hanya menjadi slogan
berniat politik untuk menarik pengundi tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal
diterima terutama kepada generasi muda.
Sumber: Harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment