Angkara cemburu, seorang suami sanggup memasang kamera litar
tertutup (CCTV) di rumah bagi mengawasi gerak-geri isteri keduanya, selain
melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh bagi memastikan wanita itu tidak
melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
Tindakan keterlaluan suami yang cemburu tahap kronik itu
menyebabkan isterinya yang mahu dikenali sebagai Wahida, 36, hidup dalam
keadaan tertekan dan urusan kerjayanya turut terjejas. “Dia akan memeriksa
seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan
asmara dengan lelaki lain.
“Pernah sekali, badan saya lebam kerana terjatuh di pejabat,
tapi suami tuduh ia kesan saya melakukan hubungan intim dengan teman sepejabat.
“Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan
hubungan intim dengan pengkid,” katanya yang ditemui Harian Metro ketika
membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Mohd Isa Ralip, di sini.
Wahida berkata, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki
berusia 40-an itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya
termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan
sekerjanya.
“Jika saya keluar dan masuk ke stor atau tandas, suami akan
menuduh saya melakukan perbuatan terkutuk dengan sesiapa saja termasuk pengawal
keselamatan serta kakitangan di pejabat berhampiran tempat kerja saya.
“Tuduhan dan tindakannya itu amat melampau serta memalukan
saya sampai nak buat kerja pun susah, malah saya juga tidak dapat membuat
apa-apa aktiviti dengan bebas,” katanya.
Menurutnya, mereka berkahwin pada 2006 dan dia tidak kisah
walaupun bergelar isteri kedua kerana pernikahan mereka mendapat restu isteri
pertama yang tidak mampu melahirkan zuriat.
“Saya juga bertuah kerana mereka menerima kehadiran dua anak
saya hasil daripada perkahwinan sebelum ini, namun sikap suami mula berubah
cemburu buta sejak dua tahun lalu. “Saya masih menyayanginya, tapi kalau hampir
setiap hari gerak-geri saya diawasi dengan CCTV dan seluruh tubuh diperiksa,
perempuan mana yang boleh tahan. Mungkin, perpisahan jalan penyelesaian terbaik
untuk kami,” katanya.
Wahida berkata, dalam menjalani kehidupan berpoligami, sudah
menjadi kebiasaan wujud penggiliran untuk bersama suami, namun pada hari dia
sepatutnya berada di rumah isteri pertama, suaminya itu akan tetap mengawasi
pergerakannya dan melakukan ‘pemeriksaan’.
“Pada hari suami sepatutnya berada
di rumah madu saya, dia tetap mengekori saya untuk memeriksa seluruh badan saya
termasuk pada hari saya datang bulan,” katanya.
sumber : pingbusuk.org
No comments:
Post a Comment