Tuesday, February 12, 2013

Deman Gang6: Jadi Inspirasi...





Tidak dinafikan pengaruh yang dibawa penyanyi K-Pop, Jae-Sang Park, 34, atau lebih dikenali dengan nama PSY begitu besar apabila video lagunya, Gangnam Style di YouTube mendapat perhatian lebih daripada 1,308,121,490 (sehingga kini) penonton sejak dilancarkan Julai lalu.

Jika sebelum ini kehadiran PSY dalam dunia hiburan Korea Selatan tidak begitu menonjol, kini dia berjaya membuktikan fizikal bukanlah penghalang untuknya dikenali seantero dunia, dari Afrika hinggalah ke Presiden US, Barrack Obama.

 

Jae-Sang Park

Apa yang mengagumkan, pelbagai versi Gangnam Style dimuat turun peminatnya, malah jumlah penonton videonya di Youtube juga semakin meningkat. Bagai mimpi menjadi realiti, PSY sehingga kini masih tidak mempercayai kejayaan yang diperolehnya. Ternyata, kemampuan PSY mewujudkan satu fenomena baru di seluruh dunia telah mengubah keseluruhan hidupnya.

 Terdapat satu lagi versi, Antaranya satu video yang diberi jodol  Deadpool vs Gangnam Style. Dengan menggunakan ‘mask’ ala-ala SuperHero Spider Man yang mungkin ingin menyorokkan identity mereka. Menggunakan latarbelakang muzik dari penyanyi sama.  Anehnya, video ini juga mendapat sambutan hangat hingga mendapat  44,397,307 penonton (sehingga kini). Jika berminat boleh tonton DISINI.  


Sedikit Info Tentang Gangnam
"Gangnam Style" ialah sebuah lagu pop Korea 2012 yang didendangkan oleh rapper dari Korea Selatan, PSY. Lagu ini dipuji kerana lawaknya, iramanya yang menarik serta tarian PSY yang lain daripada yang lain. Lagu ini diterbitkan pada 15 Julai 2012, apabila ia menduduki tangga teratas Carta Gaon.

"Gangnam Style" merupakan ungkapan ‘bahasa pasar’ dalam bahasa Korea yang memaksudkan gaya hidup serba mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam, sebuah kawasan kaya-raya di Seoul, di mana masyarakatnya serba trendy, hip dan mempamerkan "kelas" yang tertentu. Istilah ini disenaraikan dalam senarai kosa kata mingguan majalah Time sebagai "kelakuan yang dikaitkan dengan gaya hidup yang serba mewah di daerah Gangnam, Seoul". Dalam temubual bersama CNN, PSY membandingkan Gangnam dengan Beverly Hills, California.

"oppa"

"Gangnam ialah sebuah wilayah di Seoul, Korea. Saya menyifatkannya sebagai berbudi bahasa pada waktu siang, tetapi bertukar liar pada waktu malam. Saya membandingkan kaum wanita dengan wilayah ini, berbudi bahasa pada waktu siang, berkelakuan liar pada waktu malam jadi menurut seni katanya, sayalah lelaki yang sesuai untuk wanita sedemikian," kata Psy.

Lagu ini adalah mengenai "teman wanita terbaik yang tahu bila hendak beradab sopan dan bila hendak berkelakuan liar. Baris ulang lagu ini, (Oppan Gangnam seutail)" diterjemahkan sebagai "Abang Gangnam Style", iaitu diri Psy sendiri, "oppa" merupakan perkataan dalam bahasa Korea yang digunakan oleh kaum perempuan untuk memanggil abang atau teman lelaki yang lebih tua daripada mereka.

Mereka Hendak Contohi Fenomena Ini Pula
Namun apa yang kami hendak perkatakan bukanlah kepopularan dan kejayaan PSY, tetapi dari satu kelompok Bangsa yang tertindas dari pihak yang maha zalim hingga ke  hari ini. Lalu menimbulkan (meminjam) idea dari fenomena Gangnam Style, mana tahu jika usaha mereka ini juga boleh berjaya.  

Sehubungan itu satu usaha untuk mengiklankan Negara Palestin dan penderitaan nya pula keserata pelusuk dunia, yang selalu dipejamkankan sebelah mata oleh sesetengah pihak. Lalu ujudlah satu video lagi yang diberi jodol: Gangnam Gaza Style. Semoga usaha mereka ini juga berjaya seperti PSY. InsyaAllah.

Lihat video ini…




No comments:

Post a Comment