Leila Tekun Melukis |
London:
Ia sudah lama popular di Amerika Syarikat selepas Mariah Carey melukis pada
perut boyotnya.
Kini,
kegilaan itu merebak ke Britain dengan bakal ibu berusaha meraikan kehamilan
mereka dengan fesyen artistik.
Searle, 27, pelukis wajah dari Upton di Poole, Dorset, meluaskan perniagaan
melukisnya kepada seni lukisan tubuh pada perut boyot selepas menerima
permintaan daripada bakal ibu.
Dia
mendapati perkhidmatan itu semakin popular, di majlis meraikan bakal ibu, satu
lagi tradisi Amerika Syarikat yang kini kian berkembang di Britan.
“Saya
memulakan perniagaan kecantikan beberapa tahun lalu sebelum mengambil kursus
melukis wajah.
“Ogos
lalu, saya menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang bertanya sama ada
saya boleh melukis pada perut boyotnya.
Seni Berseni |
“Saya
teruja menerima panggilan itu dan hadir pada majlis meraikan kehamilannya. Saya
melukis pada perutnya dan dari situ, karier saya berkembang.
“Tidak
seperti kanak-kanak, orang dewasa akan duduk diam. Ia membolehkan saya lebih
kreatif.
Leila
menggunakan bahan mekap untuk artis pementasan teater bagi menghasilkan imej
pada perut besar bakal ibu yang menjadi pelanggannya.
Antara
rekaannya termasuklah, rama-rama, glob, bunga dan potensi nama bayi. - Daily
Mail
No comments:
Post a Comment