Tuesday, February 5, 2013

Profile: Zinedine Zidane aka Budak Nakal


Zinedine Yazid Zidane
Zinedine Yazid Zidane dilahirkan pada 23 JUN 1972 adalah seorang pemain bola sepak Perancis. Lebih mesra dipanggil Zizou. Zidane bermain sebagai menyerang tengah untuk pasukan kebangsaan Perancis, Juventus dan Real Madrid. Zidane dianggap oleh pemerhati dan peminat sebagai salah seorang  pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Diperingkat kelab Zidane telah memenangi La Liga dan Liga Juara UEFA bersama Real Madrid, dua Serie A bersama Juventus , Piala Antara Benua dan UEFA Super Cup.
Beliau juga telah dipilih sebagai pemain terbaik tahunan di Ligue 1, di Serie A dan La Liga.  Telah dianugerahkan Golden Ball di Piala Dunia FIFA 2006.

Kehidupan awal
Zidane berketurunan Barbar Algeria Kabyle. Ibu bapanya, Smail dan Malika, berhijrah ke Paris dari kampungnya  Aguemoune di rantau Barbar di utara Algeria pada tahun 1953 sebelum bermula Perang Algeria.

Keluarganya telah menetap di daerah yang teruk di bandar utara Barbes dan Saint-Denis. Dengan peluang kerja yang terhad keluarganya berpindah ke pinggir bandar utara Marseille.
Zidane dilahirkan  Pada 23 Jun 1972, anak bongsu daripada 5 beradik.  Bapanya Smail bekerja sebagai buruh disebuah gudang dan sering bekerja pada syif malam dan ibunya adalah  seorang suri rumah sepenuh masa.

Zidane mendapat pendedahan dalam permainan bola sepak pada umur 5 tahun bersama anak2 kejiranan di daerahnya. Ditanya siapakah yang diminatinya, beliau menamakan bekas pemain Olympique Marseille Blaz Sliskovic, Enzo Francescoli dan Jean-Pierre Papin sebagai idolanya.

Kerjaya Kelab
kelab Belia
Pada usia 10 tahun, Zidane mendapat lesen sebagai pemain. beliau menyertai pasukan junior kelab tempatan dari La Castellane bernama AS Saint-Henri.  Selepas menghabiskan satu setengah tahun di kelabnya itu, Zidane menyertai PP Septemes Valons apabila jurulatih Robert Centenero meyakinkan Pengarah kelab untuk mendapatkan Zidane.

Zidane tinggal dengan jurulatihnya sehingga umurnya mencecah 14 tahun, di mana pada masa itu beliau telah dipilih untuk menghadiri kem latihan tiga hari di CREPS (Pusat Serantau untuk Sukan dan Pendidikan Jasmani) di Aix-en-Provence, iaitu salah satu daripada beberapa institut yang dikendalikan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis. Beliau terpilih untuk menyertai kelab.

Cannes
Zidane telah pergi ke Cannes selama 6 minggu, akhirnya kekal di kelab itu selama 4 tahun dan bermain di peringkat profesional. Beliau meninggalkan keluarganya pada usia 14 tahun untuk menyertai Cannes.

Zidane membuat  penampilan  pertama sebagai pemain profesional bersama Cannes pada 18 Mei 1989 pada usia 17 tahun dalam perlawanan menentang Nantes di Ligue 1.Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu pada 8 Februari 1991 juga menentang Nantes dengan kemenangan 2-1.


Pada musim pertama beliau dengan Cannes, Kelab itu berjaya buat petama kalinya bersaing untuk kelayakan  Piala UEFA setelah menduduki tempat ke-4 dalam liga. Pencapaian tertinggi kelab itu sejak dinaikkan ke Division 1.

Bordeaux
Zidane telah dipindahkan ke Girondins de Bordeaux di musim 1992-93, memenangi Piala Intertoto ditahun 1995, dan membantu kelabnya menjadi naib juara dalam Piala UEFA 1995-96 disepanjang 4 tahun bersama kelabnya.

Dia bermain dengan kombinasi yang baik dibahagian tengah bersama Bixente Lizarazu dan Christophe Dugarry, dan telah diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan Perancis pada tahun 1998.

Pada tahun 1995, pengurus Blackburn Rovers, Kenny Dalglish telah menyatakan minat untuk mendapatkan  Zidane dan Dugarry, tetapi  pemilik dan pengerusi Jack Walker dilaporkan menjawab, "Mengapa anda mahu untuk menandatangani Zidane apabila kita mempunyai Tim Sherwood?"

Juventus
Pada tahun 1996, Zidane berpindah ke Juventus selaku juara UEFA Champions League dengan harga £3200000 [perlukan rujukan] dan memenangi Serie A pada 1996-97 A dan Piala Intercontinental  ditahun 1996. Pada musim berikutnya, Zidane menjaringkan 7 gol dalam 32 perlawanan dalam liga untuk membantu Juventus memenangi 1997-98 Serie A.

Semasa mewakili kelabnya Juventus,  menduduki tempat ke-2 dalam  Serie A ditahun 2000-01, tetapi tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, selepas Zidane diperentah keluar padang kerana mengkasari Jochen Kientz  dari Hamburger SV.

Pada tahun 2001, Zidane telah dinobatkan sebagai Pemain Asing terbaik di Serie A untuk kali ke2.

Pada tahun 2001, Zidane menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan 150 bilion lire (kira-kira € 75 juta) memecah rekod dunia ketika itu, dan menandatangani kontrak selama 4 tahun. Dia membantu Madrid memenangi  UEFA Champions League pada tahun 2002 menentang Bayer Leverkusen dengan keputusan 2-1. Kerjayanya berada di puncak dengan skill individunya yang memukau.

Zidane membantu Real Madrid memenangi La Liga 2002-03 dan dipilih  FIFA Player of the Year untuk kali ke-3.  Pada tahun 2004, peminat mengundi beliau sebagai pemain bola sepak terbaik Eropah sepanjang 50 tahun, pada ulang tahun Jubli Emas UEFA yang ke-50.

Real Madrid
Walaupun musim terakhir Zidane bersama Real Madrid berakhir tanpa trofi,
Tetapi beliau mencatatkan kejayaan peribadi dengan menjaringkan hatrik pertama beliau ketika menentang Sevilla FC, dan mencapai kemenangan 4-2 pada Januari 2006.

Beliau mengakhiri musim bersama Real Madrid sebagai penjaring gol ke-2 terbanyak dan sebagai ‘assis’ kepada rakan sepasukan Ronaldo dan Beckham. Pada 7 Mei 2006, Zidane, yang telah mengumumkan perancangannya untuk bersara selepas Piala Dunia 2006, Dalam perlawanan terakhir beliau bersama kelab, semua pemain memakai jersi yang tertulis ZIDANE 2001–2006 di bawah Logo kelab. Dalam perlawanan terakhir itu, beliau berjaya juga menjaringkan gol ketika seri 3-3 menentang Villarreal.  Beliau meninggalkan Real Madrid pada akhir musim. Pada tahun 2012, Zidane diberi penghormatan mewakili Madrid All Stars menentang Manchester United yang beroleh kemenangan 3-2 untuk Real.
 Jersi No. 10 Zidane untuk pasukan kebangsaan Perancis.
 
Sebelum kejohanan Piala Dunia 2006, Kedua2 negara Perancis dan Algeria mendakwa bahawa Zidane adalah warganegara mereka.  Tetapi dia tidak layak untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Algeria dengan  khabar angin mengatakan jurulatih Abdelhamid Kermali mengatakan tiada tempat untuk Zidane dalam skuad kebangsaan Algeria kerana dia merasakan pemain itu tidak cukup pantas. Walau bagaimanapun, Zidane menolak khabar angin itu dalam satu wawancara 2005, mengatakan bahawa dia tidak layak bermain untuk Algeria kerana dia sudahpun milik pasukan Perancis.

Beliau memperoleh ‘cap’ pertama bersama Perancis sebagai pemain gantian dalam perlawanan persahabatan menentang Republik Czech pada 17 Ogos 1994, yang berakhir dengan seri 2-2 selepas Zidane menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis memadam defisit 2-0. Selepas Eric Cantona telah digantung selama setahun pada Januari 1995 atas dakwaan menyerang peminat, Zidane mengambil alih tempatnya sebagai perancang. Perancis tewas dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir Euro 96  kepada Republik Czech, selepas perlawanan terikat 0-0 pada masa tambahan.

Piala Dunia 1998
Piala Dunia FIFA 1998 adalah Piala Dunia pertama untuk Zidane. Perancis telah dipilih sebagai tuan rumah. Pasukan Perancis memenangi semua tiga perlawanan di peringkat kumpulan tetapi Zidane dibuang padang pada perlawanan ke-2 menentang Arab Saudi. Zidane menjadi pemain pertama Perancis menerima kad merah dalam perlawanan akhir Piala Dunia. Perancis menang 1-0.  

Zidane kembali beraksi dalam perlawanan suku akhir menentang Paraguay. Beliau membantu mengalahkan Itali 4-3 menerusi tendangan penalti selepas seri tanpa jaringan pada suku akhir. Perancis kemudian menewaskan Croatia 2-1 di separuh akhir. Zidane memainkan peranan utama dalam pencapaian pasukan itu, walaupun dia masih belum menjaringkan gol dalam pertandingan Piala Dunia.

Zidane dan Perancis bermain menentang juara bertahan dan pasukan pilihan Brazil, di Stade de France pada Piala Dunia FIFA 1998 di pentas Final. Perlawanan didominasi Perancis dan Zidane berjaya menjaringkan 2 gol hasil dari tendangan sudut yang diambil oleh Emmanuel Petit dan Youri Djorkaeff.

Emmanuel Petit menambah derita Brazil dengan gol ke-3 dalam masa kecederaan untuk mencetak  kemenangan 3-0.  Piala Dunia pertama buat Perancis. Zidane diangkat, dilambung, ditatang menjadi wira negara dan imejnya dipamir di Arc de Triomphe.

Euro 2000
Dua tahun kemudian, Perancis memenangi Euro 2000, menjadi pasukan pertama untuk memegang kedua-dua Piala Dunia dan Kejohanan Eropah sejak Jerman Barat melakarkannya pada tahun 1974. Zidane menjaringkan dua gol. Melalui sepakan percuma menentang Sepanyol pada suku akhir dan dalam perlawanan separuh akhir ketika menentang Portugal. Beliau dinobatkan sebagai ‘man of the match’  oleh UEFA.

Imej di Tangga
Piala Dunia 2002
Sebagai juara bertahan dunia dan Eropah, di Piala Dunia 2002 Perancis dilabel sebagai pasukan pilihan. Kecederaan paha menghalang Zidane daripada bermain dalam dua perlawanan pertama. Perancis tanpa Zidane gagal untuk menjaringkan gol dalam perlawanan itu. Beliau kembali dalam  perlawanan ketiga walaupun tidak cergas sepenuhnya. Perancis ditunjukkan jalan keluar pada peringkat kumpulan lagi setelah gagal menjaringkan sebarang gol. Prestasi terburuk pernah dilakar oleh juara bertahan dalam sejarah pertandingan. Sedeyy.

Euro 2004
Pada Euro 2004, Perancis mendahului kumpulan mereka dengan kemenangan ke atas England dan Switzerland, sebelum tersingkir di peringkat suku akhir kepada Greece. Kalah 1-0.  Dalam perlawanan pembukaan menentang England, Zidane menjaringkan gol dari sepakan percuma dan penalti pada masa kecederaan untuk menjadikan kedudukan 2-1. Kemenagan buat Perancis. Selepas tersingkir Zidane mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak antarabangsa.

Piala Dunia 2006
Dengan persaraan beramai-ramai pemain veteran utama seperti Bixente Lizarazu, Marcel Desailly, Claude Makelele dan Lilian Thuram, Perancis bergelut untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2006. Jurulatih Raymond Domenech mendesak Zidane keluar dari persaraan dan melantiknya sebagai kapten pasukan.

Zidane, bersama2  Thuram dan Makelele, memberi sumbangan bermakna buat Perancis dan melakar kemenangan 3-0 ke atas Kepulauan Faroe pada 3 September 2005. Trio ini membantu Perancis menduduki tempat ke-4 dalam kelayan kumpulan.

Pada 27 Mei 2006, Zidane mencapai  cap’ ke-100 mewakili Perancis dan melakar kemenangan 1-0  ke atas Mexico. Zidane menjadi pemain ke-4 Perancis mencapai 100 ‘cap’, selepas Desailly, Thuram dan Didier Deschamps.

Jeng...jeng...jeng...

Zidane dubuang padang Final Piala Dunia 2006
Perancis bermula dengan hambar di Piala Dunia 2006, dan selepas digantung bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan, Zidane kembali bermain bekerjasama baik dengan  Patrick Vieira dan menjaringkan gol menentang  Sepanyol.

Sebelum Piala Dunia FIFA 2006 Final di Berlin, Zidane telah dianugerahkan Golden Ball sebagai pemain terbaik pertandingan.  Beliau mengumumkan untuk bersara selepas tamat kontrak Real Madrid pada akhir 2005-06.  

Dunia bola sepak sudah maklum, bahawa final Piala Dunia keduanya bertemu pasukan Itali adalah perlawanan terakhir kerjayanya. Tujuh minit  perlawanan Zidane meletakkan Perancis mendahului dengan sepakan penalti dan menjadi pemain keempat dalam sejarah Piala Dunia untuk skor dalam dua perlawanan akhir yang berbeza.

Dia hampir menjaringkan gol kedua semasa tempoh pertama masa tambahan tetapi tandukan beliau telah diselamatkan oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon.
Zidane kemudiannya dibuang padang pada minit ke-110 selepas menanduk dada Marco Materazzi. Dalam penentuan penalti yang Itali memenangi 5-3.  

Pada tahun 2010, Zidane berkata bahawa dia "lebih rela mati " daripada meminta maaf kepada Materazzi merujuk insiden itu. Dia juga mengakui bahawa dia "tidak pernah dapat hidup dengan tenang "  kerana tidak dapat membantu Perancis memenangi perlawanan itu.
Berikutan kad merah dalam perlawanan akhir, Zidane bersara dari bola sepak profesional, dan mengesahkan bahawa dia tidak akan kembali ke atas keputusan beliau.

Beliau dijatuhi hukuman oleh FIFA kepada penggantungan tiga perlawanan untuk kad merah, tetapi kerana dia telah bersara dari bola sepak profesional, beliau bersetuju untuk menjalani tiga hari khidmat masyarakat dengan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada projek-projek kemanusiaan FIFA.

Selepas persaraannya.
Sejak bersara,  Zidane kerap bermain untuk pasukan Real Madrid Veteran. Beliau juga telah membuat penampilan dalam beberapa perlawanan futsal. Dalam temu bual pada bulan Jun 2008, Zidane menyatakan bahawa beliau mahu kembali ke bola sepak, tetapi dia tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.
 
Pada 1 Jun 2009, Zidane telah diumumkan sebagai Penasihat kepada Presiden selepas Florentino Perez dilantik Presiden Real Madrid. Beliau bersama-sama dengan Jorge Valdano, Ketua Pengarah, dan Miguel Pardeza, Pengarah Sukan, menjadi pembuat keputusan utama untuk kelab.

Pada bulan November 2010, Zidane telah dilantik sebagai penasihat khas kepada pasukan utama Real Madrid diatas  rayuan yang dibuat oleh Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho. Dalam peranan barunya, Zidane dijangka mengambil bahagian dalam Liga Juara-Juara. Pada Julai 2011, ia telah mengumumkan bahawa dia akan menjadi pengarah sukan baru Real Madrid.

Kehidupan peribadi
Zidane bertemu isterinya, Veronique Fernandez, ketika bermain untuk Cannes pada musim 1988-89. Mereka mempunyai empat anak lelaki: Enzo Zidane Fernández (24 mac, 1995), Luca Zinedine Zidane Fernández (13 Mei 1998),  Theo Fernández (18 Mei 2002),  dan Elyaz Zidane Fernández (26 Disember 2005). Enzo, Luca dan Theo semuanya  ahli Akademi Real Madrid. Enzo (Pemain tengah) di juvenil B (Real Madrid U-18), Luca (Penjaga gol) adalah di Cadete B dan Theo (Penyerang) dalam Alevín B.

Zidane telah menyifatkan dirinya sebagai "Islam yang bukan pengamal".  Zidane fasih dalam bahasa Perancis, Barbar, Sepanyol, dan Itali


 

No comments:

Post a Comment