Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari
jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh
Malaikat dari pintu-pintu Syurga,
katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya!
Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu
sembahyang,
dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu
perjuangan,
dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa
yang bernama: Rayyan,
dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu
sedekah."
Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku
menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)!
Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari
setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang
dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab:
"Ia ada! Dan aku harap engkau
seorang dari mereka yang berbahagia itu."
Huraian Hadith:
1)Setiap amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang mukmin akan dibalas
oleh Allah S.W.T dengan ganjaran yang setimpal sekalipun amalan itu Cuma
sekecil zarah.
2)Di hari akhirat kelak, bagi orang yang membanyakkan ˜jenis' amal
kebajikannya, para malaikat syurga akan memberikan kemuliaan dan penghormatan
yang tinggi kepada mereka sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya
masuk melalui pintu yang dijaganya.
3)Sebaik-baik amal adalah yang disertai dengan hati yang ikhlas dan
mengharapkan keredhaan Allah S.W.T bukanlah untuk menunjuk-nunjuk (riya') dan
sebagainya kerana hal ini amat dibenci oleh Allah.
4)Di samping melakukan ibadah wajib kita juga digalakkan mempelbagaikan
amalan sunat kerana yang demikian itu boleh menguatkan ketakwaan kita kepada
Allah S.W.T.
Hadith Riwayat: Abu Hurairah r.a
[Sumber]
No comments:
Post a Comment