Ini dia musang berbulu ayam itu
Penyamaran telah terbongkar
Identiti telah didedahkan oleh orang kampong
Memberi maklumat sehingga gugurnya perwira kita...
************************************************
Barua serangan
diberkas
Semporna: Polis menahan empat lelaki di Kampung Airport,
di sini, semalam yang dipercayai menjadi tali barut pengganas dari Sulu,
Filipina, termasuk seorang daripada mereka disyaki terbabit secara langsung
dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, yang mengorbankan
enam anggota pasukan keselamatan, petang Sabtu lalu.
Empat lelaki keturunan Sulu berusia antara 20-an dan
50-an itu ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis daripada
Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bermula jam 12
tengah hari semalam.
Jurucakap pasukan itu berkata, serbuan dilakukan selepas
pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti mencurigakan
di dua rumah di kampung berkenaan yang lokasinya berhampiran Kem Tentera Darat,
Seri Wangsa.
“Kami mula melakukan siasatan dan risikan terhadap
penghuni dua rumah itu sejak Ahad lalu iaitu selepas kejadian tembak menembak di
Kampung Sri Jaya. “Sebelum menyerbu rumah terbabit, polis terlebih dulu menahan
seorang lelaki berusia 25 tahun ketika dia keluar dari kawasan belukar
berhampiran rumah disasarkan dan pemeriksaan mendapati dia turut memiliki
syabu.
“Pada mulanya, kami menyangka dia mungkin sekadar penagih
atau pengedar dadah, namun selepas siasatan lanjut didapati berkemungkinan
besar lelaki itu ada kaitan dengan kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya
yang mengorbankan enam nyawa pegawai dan anggota polis kita,” katanya ketika
ditemui selepas melakukan operasi.
Maaf video tak berapa nak pro..
No comments:
Post a Comment