Monday, March 4, 2013

Foto: Anugerah Fotografi Dunia Sony 2013



Foto Menarik Anugerah Sony
 
Berjuang untuk pemilihan semula
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyampaikan amanat di dalam hujan semasa berkempen di Glen Allen, Virginia. Gambar diambil oleh Brooks Kraft.

Penggunaan ruang ke tahap maksimum
Diambil di Hong Kong, gambar ini menceritakan mengenai tempat tinggal dan bagaimana kita menggunakan ruang (awam) yang disediakan. Jurugambar: Johansen Krause.

Perjalanan semasa musim sejuk di Norway
Setiap tahun lebih 200 penduduk tempatan akan memulakan perjalanan ke Pesta Musim Sejuk Rros bagi meneruskan tradisi dari ratusan tahun dahulu. Gambar ini diambil oleh Agurtxane Concellon.

'Lie Down'
'Lie Down' merupakan koleksi gambar dengan fahaman surealisme yang mewujudkan perasaan yang unik di atas permukaan menegak. Jurugambar: Edurne Aguinaga.

Nota Merah
Honduras merupakan antara negara dengan kadar keganasan yang tinggi melibatkan pembunuhan, rompakan dan keganasan semakin meningkat hingga kini. Gambar ini diambil oleh Javier Arcenillas.
 
Latihan menembak
Seorang kanak-kanak lelaki dibantu ketika melepaskan tembakan menggunakan mesingan automatik. Gambar ini diambil oleh jurugambar Pete Muller.

Hidup perlu diteruskan
Suasana disebuah pasar yang sibuk di Kabul pada 8 Mei 2012. Gambar diambil oleh jurugambar Kuni Takahashi.

Elemen fesyen dan alam semula jadi
Dengan hembusan angin sejuk di Iceland, jurugambar Klaus Thymann menyelitkan elemen fesyen dan alam semula jadi.

'Territory'
Territory memfokuskan pelbagai aspek dan sempadan di dalam seni landskap bandar. Gambar ini diambil oleh Reinis Hofmanis.

Perjalanan Sukan Olimpik 2012
Usain Bolt dari Jamaica memecut meninggalkan Ryan Bailey, Yohan Blake, Justin Gatlin dan Tyson Gay dalam acara 100 meter Lelaki. Jurugambar: Adam Pretty.

'Six Degrees of Copenhagen'
Diambil di bandar Copenhagen, jurugambar Jens Juul memberi gambaran bahawa setiap manusia di dunia ini dihubungkan oleh enam orang.


No comments:

Post a Comment