Jika memasuki rumah orang,
Selongkar almari, periuk belanga akan di panggil perompak...
Jika memasuki negara orang...
Tembak sana, bunuh sini... dipanggila apa ya???
*****************************************
Kiram marah digelar
pengganas
MANILA - Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya
Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya
sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam.
Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja
Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.
"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah
orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul
Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.
Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram
menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk
menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.
Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk
Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del
Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai
pengganas.
Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa
Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri.
No comments:
Post a Comment