Dalam suasana masih
kacau bilau
Awang ini sempat
lagi main berpolitik
Melunaskan janji
yang hendak ditepati
Hemtam sana
menghentam sini
Manalah tahu jika
tercalon lagi...
*************************************
Penduduk pukul lelaki
bersenjata hingga mati
Puluhan
penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai
terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung
Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun
sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam
insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam,
memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah
bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung
Senallang Lama, di Semporna.
Seorang
penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki
itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam
tadi".
"Lelaki
itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka
berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama
penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul
Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan
memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau
berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan
sebuah pokok di kampung itu.
Wartawan
Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis
perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan
Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi
iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat
lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.
Kelihatan
penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan
membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri
ke kawasan kampung lain.
Kebanyakan
penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.
Cubaan
Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis
Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal. - Bernama
No comments:
Post a Comment