Wednesday, July 31, 2013

Kenali Siapa Mustafa Kamal Ataturk


Mustafa Kamal Ataturk lahir di Selanik (sekarang Thessaloniki) pada 12 March 1881 – meninggal di Istana Dolmabahce, Istanbul, Turki, pada 10 November 1938 pada umur 57 tahun), hingga 1934 namanya adalah Ghazi Mustafa Kamal Pasha.

Sebagai presiden pertama negara Turki, Mustafa Kamal memperkenalkan pembaruan yang menyeluruh dan berusaha mencipta sebuah negara moden yang sekular. Menurut Nama Keluarga, Majlis Agung Turki memberikan kepada Mustafa Kamal nama "Ataturk" (yang bererti "Bapa Bangsa Turki") pada 24 November 1934.

Daripada buku-buku teks sejarah sebelum ini, beliau digambarkan atau sengaja digambarkan sebagai seorang pahlawan, hero dan negarawan yang hebat terunggul kerana berjaya meletakkan Turki sama taraf dan berkedudukan sebagai sebahagian negara Eropah, bukan lagi separuh Eropah atau separuh lagi Asia.

Malah kita perlu menganggap tindakannya menutup sekolah-sekolah agama di Turki dengan menggantikan sekolah-sekolah berasaskan moden dan sekular sebagai langkah yang tepat bagi memberikan wajah baru kepada Turki Baru dan Moden.

Begitu juga atas nama 'pembaharuan', Mustafa Kamal Ataturk melenyapkan pelbagai amalan dan budaya Turki sebelum ini. Antaranya, menukarkan hari cuti daripada hari Jumaat kepada hari Ahad, menggunakan kalendar Masihi menggantikan kalendar Hijrah dan sekurang-kurangnya laungan azan dibenarkan tetapi hendaklah dalam bahasa Turki menggantikan Bahasa Arab.

Namanya berjaya mengatasi nama pemerintah-pemerintah kesultanan dan khalifah Uthmaniah. Namun kelemahan pemerintah terakhir dalam Dinasti Khalifah Uthmaniah seperti Sultan Abdul Majid (1918-1924) yang berjaya menjadi mangsa tipu daya Mustafa Kamal Ataturk.

Sultan Abdul Majid diguling oleh Mustafa Kamal Ataturk dengan memperalatkan nama revolusi atas 'persetujuan' Ketua Majlis Rakyat yang dibentuk oleh Kamal Ataturk. Penubuhan Majlis itu sebenar tidak mendapat kebenaran dan restu Sultan sendiri.

Dalam sejarah yang sebenar kelicikan Mustafa Kamal Ataturk memang tiada tandingannya. Ini termasuk melancarkan peperangan 'palsu' dengan bersekongkol dengan pihak musuh supaya mereka berundur dan akhirnya beliau kononnya pulang sebagai wira dan layak mendapat gelaran tokoh Al Ghazi dan meminta dibayar ganjaran sebanyak tiga juta lira.

Tetapi dengan Sultan beliau kononnya menolak ganjaran sebanyak itu dengan alasan memahami situasi kewangan negara kesan dari peperangan.

Mustafa Kamal Ataturk sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau beroleh kuasa dan tamakkan kuasa. Beliau mengejar segala pangkat dan kedudukan dalam kerajaan dan tentera dan beliau mahu dilihat sebagai anak muda yang bangun dan bangkit bagi membebaskan Turki dan cengkaman pemerintah Kesultanan Uthmaniah.

Sedangkan Uthmaniah hanya mempertahankan kedudukan umat Islam, terutama sama sekali tidak akan menyerahkan Palestin kepada Yahudi tetapi semua itu pastinya menyebabkan pihak Barat dengan pengaruh-pengaruh Yahudi menjadi cacing kepanasan, tidak senang duduk.

Mereka berjaya memperalatkan Mustafa Kamal Ataturk menjadi boneka bagi memudahkan usaha-usaha mereka menjatuhkan pemerintah Islam dan pengaruh Islam itu sendiri.

Mustafa Kamal Ataturk benar-benar memudahkan lagi usaha-usaha jahat Barat untuk menakluk Turki yang empayarnya ketika itu sehingga mencakupi ke Wilayah Iraq dengan hasrat untuk mendapatkan Mousul yang kaya dengan hasil limpahan minyak itu.

Bagi Mustafa Kamal biarlah Mousul diserahkan kepada pihak British asalkan sahaja British mengundurkan tentera mereka dari Istanbul dan kononnya memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Turki untuk rakyatnya memerintah sendiri.

Dengan alasan Turki belum ada kemampuan bagi menggali minyak di Mousul, maka biarkan sahaja jika British ingin mengambil Mousul itu.

Sukar digambarkan bagaimana Mustafa Kamal sanggup melakukan ini semua, sanggup menjual kepentingan negara sedangkan Turki selama ini menempuh zaman gemilang tanpa memerlukan campur tangan orang luar apa tah lagi pihak Barat.

Mungkinkah kerana sedikit sebanyak kerana faktor 'jenis' darah bangsa yang mengalir dalam dirinya?

Dizaman pemerintahannya, bayak perkara yang telah dilakukannya dan antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk :

[1].  Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
[2].  Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
[3].  Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
[4].  Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
[5].  Menggalakkan minum arak secara terbuka.
[6].  Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
[7].  Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
[8].  Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
[9].  Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
[10].  Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
[11].  Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
[12].  Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
[13].  Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
[14].  Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
[15].  Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
[16].  Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
[17].  Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
[18].  Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:

[1].  Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
[2].  Sakit jantung.
[3].  Penyakit darah tinggi.
[4].  Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Nasib Seorang Janda, Terkangkang Jua akhirnya..


Apalah yang best sangat tu agaknya yer...
Janda galak tayang boyfrend anak menteri.. terus terjah ke sini  

Jom lihat video kisah janda terkangkang
Asyik juga bait senikata lagunya..

Hai serba salah jikalau menjadi janda...
Kemana pun saja orang curiga..
Keluar rumah mahu mencari rezeki,
Disangka mahunya mencari lelaki..
Nasib.. ya nasib..
Begini nasibnya seorang janda..

Just for fun!
Klik video untuk hilangkan stress anda.. 


Cikgu Gersang Kantoi Kena Tangkap Tanpa Pakaian

Bagaimana bra boleh terlucut dari badan?
GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.



Sudah DiTalak Kenapa Hattan Menangis?


TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.

"Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu," beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami.

Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu.

Meskipun mereka telah dipisahkan oleh satu talak pada 2005 (Hattan mengaku lafaz cerai dibuat kerana sifat 'baran' sendiri), Arianie masih ada untuknya. Arinie lah isteri yang akan menjaga makan minum pada hari tuanya dan Arianie juga adalah tulang rusuk yang akan kembali kepada dirinya sebagai tuan pemilik.

"Aku pegang pada mimpi itu sebagai petunjuk Allah. Sebab itu, selepas tiga tahun kami bercerai, aku lebih banyak bertaubat, tinggalkan dunia-dunia kelab malam, kehidupan buruk. Satu persatu aku tinggalkan sebab aku tahu, hal-hal itu antara perkara yang buat Arianie tidak suka," katanya.

Kepada penulis sendiri, Hattan pernah katakan bahawa walau dengan apa cara sekalipun, dia yakin wanita itu akan kembali menjadi miliknya, dengan izin Yang Maha Esa.

"Aku dapat rasa, tidak akan ada perempuan lain yang boleh jaga aku, sama macam Arianie jaga aku. Hanya dia yang faham tentang aku," itu yang diucapkan kira-kira empat atau lima tahun lalu. Ketika itu dia telah kehilangan Arianie hampir lima tahun dan selepas perceraian, Hattan mengakui sukar untuk dia meneruskan hidup tanpa wanita itu di sisi.

"Aku memang hendak kahwin dengan dia balik, aku tak boleh kahwin dengan orang lain. Bila aku hilang dia, baru aku tahu dia sangat bernilai pada hidup aku," katanya lagi dalam perjalanan pulang kami selepas terlibat dalam penganjuran Konsert Pancaindera di Johor Bharu ketika itu.

Sebenarnya hasrat Hattan untuk kembali memiliki Arianie tidak pernah padam. Hari pertama dia melafazkan cerai, detik itu juga dia berpaling daripada rasa amarah dan mahu kembali bersatu dengan Arianie.

Lalu, ketika buat kali keduanya menzahirkan lafaz kembali bernikah dengan wanita yang sama, ada air mata yang deras mengalir di pipi lelaki ini.

Semuanya kerana terkenangkan kembali kepada mimpi yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk mendapatkan semula Arianienya yang telah pergi.

"Ketika mahu berjabat tangan dengan tok kadi, aku teringat kepada mimpi malam Jumaat itu, itulah keajaiban, benda tu yang buat aku menangis. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, ini dia, inilah dia. Aku tak boleh hendak terang kepada semua orang kenapa aku menangis. Aku menjadi sangat insaf. Tuhan itu satu, Dia Maha Agung dan aku sebak sendirian.

"Melalui mimpi itu, aku tahu, aku sangat sayang dan kasih kepada dia. Tiada tempat untuk orang lain di hati ini, selain dia sebenarnya," katanya yang dalam perbualan kami, turut beberapa kali menjadi sebak tidak keruan.

Hattan dan Arianie kembali bergelar suami isteri pada 15 Ramadan 1434 dengan mas kahwin RM300 tanpa sebarang hantaran lain, di Putrajaya, Rabu lalu.

Bukan tidak ada perempuan lain yang singgah di hatinya sebelum ini. Ada. Malah, Hattan pernah bernikah seketika dengan seorang wanita lain tidak lama dahulu tetapi bercerai hanya selepas dua bulan menjadi suami isteri.

Untuk Arianie pula, pernah bertunang, tetapi terputus di tengah jalan, maka hari ini dia kembali kepada Hattan, lelaki yang telah memberikannya seorang zuriat sebelum ini.

"Masa Arianie bertunang, aku cakap sendiri kepada dia, "Kau takkan bernikah dengan dia, kau akan bernikah dengan aku balik." Arianie marah kepada aku ketika itu, tetapi itu adalah keyakinan aku. Aku pun tidak boleh jadi suami kepada perempuan lain sebab dalam otak aku, tak pernah padam nama Arianie. Asyik teringat kepada Arianie, macam mana aku nak bahagia dengan perempuan lain?" demikian ceritanya dengan nada paling berterus terang.

Hikmah tangguh tunai haji

Hari pertama setelah kembali bergelar isteri, melihat Arianie masuk ke rumah kelamin mereka di Putrajaya, hati lelakinya begitu terkesan.

"Dio masuk rumah den, dio susun balik baju-baju den, hati den pun cair," ketawanya dalam bahasa Negeri Sembilan yang lepas bebas.

Perbualan kami berlangsung selepas empat hari Hattan kembali bergelar suami Arianie. Apa yang mahu dikongsi?

"Aku boleh cakap, hidup aku lebih bermakna. Kami jadi macam dulu-dulu semula, macam baru kahwin. Tetapi kali ini lebih romantik dan cinta kami lagi matang. Semalam kami pergi pasar malam Putrajaya, beli samping aku. Boleh pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang lagi," katanya.

Hattan juga mengaku, dia pernah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji pada 2012 meskipun sudah membuat banyak persiapan untuk itu.

"Pada tahun 2012, memang sudah daftar, tetapi tiba-tiba aku tidak jadi pergi. Hati aku kuat mengatakan, aku nak tunggu Arianie untuk pergi buat ibadah Haji bersama-sama sebagai suami isteri.

"Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan bawa Arianie dan ibu mertua sekali mengerjakan ibadah haji bila rezeki kami sampai nanti," kata bapa kepada Adam Eiman, 15.

Majlis pernikahan ringkas yang turut disertai dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat serta petugas media.

Selain daripada beberapa rakan artis dan pemain bola sepak yang hadir, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama keluarganya. Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Abdul Halim Mohd. Isa


Monday, July 29, 2013

Apabila Tun Mahathir Dah Mula Sanggah DS Najib


Pertemuan Tun Dr Mahathir dengan ahli KelabCheDet

PUTRAJAYA: “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.

“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya. Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.

“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.

“Orang-orang  yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.

“Dulu waktu saya jadi Presiden,  MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.

Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.

“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak  begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.

“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir. Bagi  beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain. Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.

“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.

“Pemuda Umno sekarang  tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir. Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya  mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina. Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya. Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.

Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja. Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.

Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.

“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir.

“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya. Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.

“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.

“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.

“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.

“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina,"  ujarnya.

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.

Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.

KelabCheDet juga telah diberitahu oleh  Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu. Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.
-harakahdaily.com
 

Hamba Seks Kerat tekak, kemaluan doktor

PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota
polis ke penjara.
New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.

Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.

Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.

“Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.

“Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual,” katanya.

Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.

Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat,” katanya. - Agensi

Penjara Pincang: Banduan BERKUASA Boleh Dapatkan Bekalan Dadah Dan Seks



Kisah panas di sebalik penjara Indonesia tercetus lagi apabila seorang model, Vanny Rossyanne mendedahkan dia sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan seks. Vanny memberitahu, setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, dia dan kekasihnya, Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik 'persendirian' di penjara itu.

Selain itu, Vanny, 22, turut mengambil dadah apabila berkunjung ke penjara itu tiga kali seminggu. "Biasanya saya ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah.

"Terdapat dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara," kata Vanny mendedahkan kisah benar itu kepada wartawan tempatan baru-baru ini. Dalam pendedahan itu juga, dia merujuk kepada Thurman Hutapea iaitu warden penjara yang biliknya digunakan oleh Vanny dan kekasihnya untuk menjalin hubungan asmara.

Pendedahan Vanny juga membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki 'kuasa' sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu. Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Vanny berkata, sehingga kini, sudah lebih daripada 10 kali dia berkunjung ke Penjara Cipinang untuk bertemu buah hatinya dan mengambil dadah di bilik ketua penjara atau ruang yang ada di sebelahnya.

"Saya yakin itu ruang Ketua Penjara kerana Freddy sendiri yang memberitahu. Freddy tidak pernah berbohong dengan saya. Kalau ada orang datang, saya pura-pura bermain telefon bimbit," katanya.
Vanny juga menegaskan, dia mempunyai banyak bukti untuk menyokong pendedahannya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Amir Syamsuddin tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat oleh Vanny mengenai kawalan keselamatan yang lemah di Penjara Cipinang dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.




[Video] UAI: Terbatal Ke Wudhu Jika Tersentuh Isteri?


Salam,
Cara tak langsung klik sana.. klik sini dok surve tenet.. jom kita belajar bab agama sikit sebagai refresh balik yang dah belajar puluh tahun dulu. Manalah nak tahu kekadang kita ni pelupa. “Melayu mudah lupa” kata Dr Mahadhir. Dia tak lupa fasal dia Mamak! Hehe. Just joke! Orang kata.. no funny no fun, no fuck no son! Aiseymen.. dalam bulan pose ni bai..

Ikuti pencerahan dari UAI, persoalan berkaitan terbatal ke wudhu, jika tersentuh Isteri?


Persoalan Seksual [4]: Alami Kecelaruan Gender




Siri Persoalan Seksual Bersama Pakar Sakit Tuan Dr. Ismail Tambi 


Alami kecelaruan gender

SAYA berumur 21 tahun dan mengalami masalah berkaitan fungsi jantina. Sejak akil baligh, saya mempunyai tarikan seksual kepada kaum sejenis. Juga, alat sulit saya tidak berfungsi apabila melihat wanita yang mengghairahkan. Namun, saya keliru kerana saya bukan pondan atau ‘mak nyah’, sebaliknya lelaki biasa.

Pada masa sama, saya kerap memikirkan hubungan seksual dengan lelaki berbadan tegap dan kacak sehingga kadangkala saya melakukan onani untuk memuaskan nafsu.

Saya bimbang mengenai masa depan saya. Saya juga inginkan kehidupan normal, mempunyai isteri dan anak. Adakah saya mempunyai masalah hormon jantina? Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan untuk membantu mengembalikan kehidupan saya?

Jawapan Dr. Ismail Thamby

Masalah ini bergelar kecelaruan gender yang dikaitkan dengan mak nyah yang menganggap mereka perempuan dalam badan lelaki atau sebaliknya.

Anda juga meminati kaum sejenis dan kesedaran ini lebih terserlah ketika anda mengalami perubahan akil baligh.

Menurut anda, anda tertarik kepada tubuh fizikal lelaki kacak dan tegap. Adakah anda hanya tertarik kepada ‘tubuh lelaki’ dan teruja seks kepada fizikal? Jika ya, mungkin anda mengalami masalah parafilia iaitu perasaan cinta luar biasa kepada badan lelaki.

Ini jauh bezanya dengan homoseksualiti kerana orientasi seksual anda hanya kepada lelaki secara seluruh dan tidak kepada perempuan.

Anda sedar, perasaan ini jika diteruskan boleh membuatkan anda tersisih daripada masyarakat, kaum keluarga dan agama, malah anda juga tidak mahu perkara itu berlaku.

Menurut kajian, perasaan minat kepada lelaki bukan disebabkan kurang hormon atau apa-apa berkaitan penyakit. Sebenarnya, masalah ini hanya kecenderungan atau pilihan minda.

Mengikut pakar psikologi dan psikitris, jika seseorang itu tidak terikat dengan orientasi seksual dan meminati kaum sejenis, keadaan ini tidak dapat diubah.

Kajian terbaru mendapati perasaan homoseksual boleh diubah jika itu pilihan individu yang mahukan ia berubah.

Jangan risau kerana masih ada harapan untuk anda. Memandangkan anda masih muda, anda perlu tingkatkan keyakinan diri dan bersungguh- sungguh berusaha mengubah keadaan orientasi seksual anda ke situasi yang anda pilih dan kembali menjadi lelaki sejati.

Kukuhkan jati diri anda, berdoa dan memohon kepada Tuhan supaya anda berjaya kembali ke jalan diredai-Nya. Semoga perjuangan hidup anda berjaya.