Tentunya ada sebab kenapa sosok ini telah bersuara
Apa mungkin dibiarkan pengganas bermaharajalela
Semua umat ada nusa dan bangsa
Pertahan negara adalah jihad
Begitu juga ceritanya saudara di Palestin
****************************
Amaran Misuari kepada
Malaysia
MANILA
- Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari
memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak membunuh para
pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita
ABS-CBNnews.com semalam.
Misuari
turut menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak
mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin.
"Sejurus
anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami
dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami," katanya.
"Setiap
titik darah mereka adalah suci buat kami,' tambah Misuari.
Misuari
bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para
pengikut Jamalul Kiram di Sabah.
"Menjadi
pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.
"Kenapa
saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang
(pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya,"
katanya kepada pemberita semasa menemui sultan pengganas itu di rumahnya di
sini.
Jamalul
Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu mengarahkan pengikut-pengikutnya yang
diketuai adiknya menceroboh Lahad Datu pada Februari lalu kerana mendakwa ia
merupakan tanah warisan Kesultanan Sulu.
Misuari
berkata, sebagai pemimpin MNLF, dia mampu untuk menggerakkan seramai 4,000
orang untuk memburu anggota-anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang pernah
menjadikan warga asing sebagai tebusan di Mindanao.
Namun,
beliau tidak menafikan sebahagian pengikut Jamalul Kiram merupakan anggota
MNLF.
"Mereka
(anggota-anggota MNLF) pergi ke sana (Sabah) tanpa pengetahuan saya.
"Saya
tidak mengarahkan sesiapa untuk menyertai mereka," katanya.
Misuari
pernah ditangkap di Malaysia pada tahun 2001 kerana dituduh mengetuai
pemberontakan yang menyebabkan kira-kira 100 orang terbunuh di selatan
Filipina.
Bagaimanapun,
sebuah mahkamah telah membebaskan Misuari kerana tiada bukti yang mencukupi
bagi mendakwa beliau menjadi dalang dalam serangan di Pulau Jolo.
Sementara
itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino III sebelum ini berkata, krisis yang
berlaku jelas menunjukkan ada konspirasi sehingga menyebabkan Jamalul Kiram dan
para pengikutnya membuat tuntutan ke atas Sabah.
Aquino
menyatakan Jamalul Kiram perlu membelanjakan sekurang-kuranya 100,000 peso
(RM7,615) bagi menyewa sebuah bot besar untuk menghantar para pengikutnya ke
Lahad Datu.
Menurutnya,
keluarga Kiram III menggunakan dua buah bot besar dan sebuah bot laju ke Sabah.
Aquino
menjelaskan, Jamalul Kiram sendiri tidak mungkin mampu untuk membiayai operasi
itu kerana beliau menerima bantuan kebajikan daripada pemerintah bagi menjalani
rawatan dialisis. – Agensi
No comments:
Post a Comment