Azad Singh Cikgu yang cool
Tapi tolong jangan buli membuli
Walaupun pendek tapi,
Akalnya lebih panjang...
**********************
Cikgu Kenit tidak kisah
New
Delhi: Azad Singh, 22, mencapai impiannya untuk menjadi guru walaupun dia hanya
setinggi 0.94 sentimeter. Azad
mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku dan ini bermakna dia berhenti
membesar pa da usia lima tahun dan ketika berusia 22 tahun dia terperangkap
dalam saiz tubuh kanak-kanak.
Dia
kini mengajar kemahiran komputer di sekolah perempuan di Haryana, yang
pelajarnya jauh lebih tinggi daripadanya. Ketika
mengajar, dia terpaksa berdiri di atas meja agar cukup tinggi untuk mencapai
papan putih.
Kerana
saiznya yang kecil itu, pelajar memanggilnya ‘Chotu’ yang bermakna ‘guru
kenit.’ Azad
yang memperoleh gaji sebanyak 10,000 rupee (RM570) sebulan dan terpaksa memakai
pakaian kanak-kanak berusia tujuh tahun berkata, dia tidak kisah dengan gelaran
itu.
“Saya
tidak kisah kerana saya sudah mencapai impian saya. Orang kini lebih
menghormati saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan,” katanya.
Ketika
berusia 18 tahun, seorang pengawal stesen kereta api menyangka dia masih bayi. Di
sekolah, dia dibuli kerana saiznya. Dia juga sangat takut diculik kumpulan
sarkas sehingga enggan keluar rumah.
Bagaimanapun,
Azad berkata, semua pengalaman pahit itu membantunya menjadi dirinya hari ini. “Sering
dibuli menjadikan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita saya,”
katanya.
Adik
perempuannya, Laxmi, 19, turut mengalami gangguan hormon yang sama, tetapi ibu
bapa mereka tidak mampu untuk mendapatkan suntikan hormon diperlukan bagi
menggalakkan pembesaran.
Adik
perempuan bongsunya, Suman, 15, belajar di sekolah tempat Singh mengajar di
Gurgaon, Badshapur dan memandunya ke tempat kerja setiap hari menaiki skuter.
“Dia
membuatkan saya berasa bangga,” kata Suman. – Agensi
No comments:
Post a Comment