Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) di kepada 1999. |
Tidak dapat dibayangkan
apabila syaitan berbisik dan merasuk
boleh terjadi kepada siapapun jua
cari dan terus mencari mangsanya,
kerana ia berpegang pada janjinya..
*********************************
PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun
1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang
dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama,
dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner
Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua
anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117
Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi
(Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada
Rabu.
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya. |
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah
memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan
anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas
dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang
Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung
perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat
tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa
pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan
jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal
sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses
perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir
dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik
(AIM) pada tahun 1999.
No comments:
Post a Comment