Karnival dah ada dalam bandar
Bahaya yang tidak boleh dikesan,
Lebih menyeramkan dari berada dalam hutan..
Awas.. sudahkah pintu anda dikunci???
******************************************
Dua
penggemar daging manusia ditahan polis
Pendakwaan
di New York bantu pihak berkuasa Britain buat tangkapan
London:
Polis Britain melancarkan siasatan ke atas kewujudan kumpulan pemakan daging
manusia selepas menahan seorang lelaki pertengahan usia dan anak lelakinya di
rumah mereka di Canterbury.
Mereka
disoal mengenai rancangan merogol, membunuh dan memakan daging wanita yang
dikaitkan dengan perbicaraan seorang pegawai polis New York yang dituduh
menggemari daging manusia.
“Potong
puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan lemak. Baik untuk
kentang panggang dan puding Yorkshire," Dale Bolinger, Suspek pemakan
daging manusia
Pakar
forensik antara kumpulan 15 anggota polis yang menggeledah rumah Dale Bolinger,
57, dan menggali taman rumahnya.
Serbuan
itu yang turut menyaksikan anaknya, Rick, 30, ditahan selepas Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) menyatakan pegawai polis di New York itu mempunyai ‘mentor’
di Britain.
Bercerita
di internet, Bolinger mendakwa makan daging seorang wanita dan budak lelaki
berusia lima tahun serta memberi nasihat cara memotong kaki mangsa hidup-hidup
dan memanggang di depan mangsa.
Bapa
kepada dua anak itu kelmarin menegaskan dia tidak bersalah apabila dibebaskan
selepas ikat jamin.
Serang mangsa
Mesejnya
dengan pegawai polis berkenaan, Gilberto Valle, termasuk menyerang hendap
mangsa dengan kayu besbol sekadar fantasi, katanya.
Bolinger
menggunakan nama ‘MeatMarketMan’ dan ‘Moody Blues’ di internet bertukar mesej
dengan Valle, 28, yang dituduh merancang memakan isteri dan wanita lain yang
dikenalinya.
Bercakap
di rumahnya kelmarin, Bolinger berkata: “Saya tak kenal lelaki itu. Kami tidak
pernah berjumpa. Saya cuma berbual dengannya online.”
Perbualan mengerikan
Perbualan
mengerikan antara Valle dan Bolinger dibacakan di mahkamah: “Saya makan daging
seorang wanita kulit hitam dan kulit putih.”
Valle
turut mencadangkan resepi sup dengan menyifatkan daging manusia rasa seperti
daging babi tetapi lebih kental.
Bahagian
hati perlu dimasak ringkas untuk membiarkan ia manis dan lembut manakala daging
pada muka sedap dibuat sandwic.
Cadangan
lain ialah: “Potong puting payu dara mereka dan panggang bagi menghilangkan
lemak. Baik untuk kentang panggang dan puding Yorkshire.”
Dalam
perbualan lain, Valle berkongsi video percutian di Bahamas dengan seorang gadis
dikenalinya, Kimberly Sauer, yang memakai bikini.
Mereka
membincangkan mengenai kelazatan daging gadis itu jika dia dipanggang.
Akhbar
The Sun mendedahkan video ngeri di YouTube yang dimuat naik oleh Bolinger pada
2006 sebagai kenangan kepada gadis yang bertajuk Hungry 4 U. – AGENSI
No comments:
Post a Comment