Sylvester Stallone |
AKTOR Hollywood iaitu Sylvester Stallone membuat
keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya kerana beranggapan media sosial
itu benar-benar mengarut.
Alasan Stallone, Twitter tidak memberi impak yang baik.
Seseorang artis yang mendedahkan terlalu banyak kehidupan peribadinya menerusi
medium itu adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak berguna.
Walaupun Twitter kata Stallone merupakan satu media yang
cukup hebat era kini tetapi impaknya tidak sehebat mana.
Walaupun pada dasarnya Twitter sama juga Fecebook dan
juga Instgram bertindak sebagai diari elektronik yang mampu menyimpan segala
aktiviti untuk dikongsi oleh orang ramai namun lebih banyak mengundang padah.
Laman sosial itu walaupun dilihat lebih terkini dalam
konteks dunia teknologi sekarang namun sejauh manakah elemen itu dimanfaatkan
dengan betul?
Tidak ramai artis yang sedar, Twitter sedikit sebanyak
berjaya mengurangkan pengaruh mereka kepada orang ramai.
Keterujaan peminat terhadap artis itu menjadi berkurangan
apabila mereka berupaya untuk mengakses seseorang artis itu dengan mudah. Saya
mengambil contoh, sebelum adanya medium Internet dan laman sosial ini, sikap
keterujaan orang ramai terhadap artis cukup tinggi.
Sebab itulah kalau 20 tahun lalu apabila artis-artis
turun ke kampung dan kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan, ia akan
mendapat sambutan luar biasa kerana dengan cara itulah mereka dapat melihat
artis dengan dekat.
Tapi apabila media sosial ini menjadi keutamaan,
keterujaan seorang itu terhadap artis semakin berkurangan kerana mereka sendiri
dapat berhubung dengan artis dengan mudah. Ia memberi kesan kepada seseorang
artis kerana nilai eksklusif diri mereka sudah tiada.
Malah lebih buruk lagi pemikiran artis juga boleh dinilai
berdasarkan kepada status yang dimuat naik menerusi laman sosial itu.
Sharnaaz menegur Shila menerusi Twitter selepas wanita itu terlepas cakap dalam APM2012 lalu |
Ambil sahajalah contoh bagaimana krisis Sharnaaz Ahmad
dengan Shila Amzah menjadi bertambah hangat dengan status-status “seram”
Sharnaaz sebelum ini.
Malah ada banyak lagi contoh bagaimana Twitter dijadikan
medan untuk meluahkan rasa tidak puas hati seseorang kepada individu lain.
Ia sama sekali tidak mendatangkan faedah apabila tahap
pemikiran artis itu dinilai berdasarkan kepada apa yang ditulis dan dimuat
naik.
Laman sosial ini seharusnya digunakan oleh artis untuk
menaikkan darjat masing-masing dengan kata-kata nasihat dan bermanfaat yang
boleh jadikan panduan oleh pengikut masing-masing.
Sebab itulah Stallone berkata Twitter ini tidak memberi
faedah kepadanya.
Saya percaya, langkah beliau menutup akaun Twitter
miliknya itu akan mampu memperbanyakkan lagi pengaruhnya dalam dunia seni.
Adakah tinggi nilainya kalau terlajak tidur pun hendak
ditulis dalam Twitter? - niezam
No comments:
Post a Comment