Nilailah sendiri..
Nak runding apa lagi..
Polis menjaga
keselamatan awam...
Tentera menjaga keselamatan Negara...
Nak tunggu apa lagi
tah kan...
*******************************
Satu Lagi Mayat Anggota
Polis Ditemui, 19 Lagi Selamat Dipindahkan Di Semporna
Jumlah Anggota Polis
Terbunuh Meningkat Kepada 6 Orang
LAHAD
DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan
lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan
jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam
orang.
Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu
juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.
Dalam
operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam,
Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat
dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.
Dalam
sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini,
Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke
Hospital Semporna.
"Identiti
mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum
dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.
Dalam
sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis
terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.
Dalam
sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu
Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung
berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki
bersenjata di kampung itu.
Ismail
juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak
semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas
tembakan untuk mempertahankan diri.
Beliau
turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan
kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.
"Itu
hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang
khabar angin," katanya.
Beliau
memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment