ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. – BERNAMA |
jika maruah sudah diinjak-injak
hanya takdir akan menentukan segalanya...
**************************************
30 lagi pengganas Sulu maut
LAHAD
DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh
pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu
di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Sehingga
pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran
tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie
sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia
terbunuh.
Jumlah
tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan
PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara
tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.
No comments:
Post a Comment