Apa yang tidak kena disini
Apabila memikir di luar kotak
Sudah menjadi satu dosa jika
Apabila pandangan sudah tidak menjurus ke satu hala...
****************************************
Yasin diugut bunuh, video
'Reformasi' undang kontroversi
GARA-gara
sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube,
penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua
individu melalui laman berkenaan.
Komen
yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin
ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat
pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.
Yasin
berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada
pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.
“Perselisihan
pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai
pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.
“Saya
tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan
berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian
ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.
Justeru
itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak
sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya
sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.
“Sekiranya
saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform
yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.
“Saya
harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada
sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk
mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.
Video yang menjadi kontroversi...
No comments:
Post a Comment