Wednesday, March 6, 2013

Protes di Manila, bakar gambar Najib




Sementelah tiba-tiba saja
Bencana telah diturunkan
Secara perlahan bagai ingatan
Dalam tenang ada gelora
gelora yang baru saja bermula...

******************************

Protes di Manila, bakar gambar Najib
Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.



Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".

Manakala yang lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante -  memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.

 

No comments:

Post a Comment