Info
Mengenai Pepijat
1. Pepijat merupakan serangga yang aktif pada waktu malam
untuk mencari makan ketika kita sedang tidur.
2. Pada waktu siang pepijat akan menyorok pada rekahan, rak
buku, celahan katil dan lain-lain tempat yang mudah untuk mereka mendapatkan
akses kepada manusia bagi mencari makan.
3. Walaupun kerap ditemui berhampiran tempat kita tidur atau
duduk, pepijat sebenarnya merupakan serangga yang bergerak pantas dan mampu
melakukan perjalanan jauh untuk mencari makan.
4. Dengan menggunakan paruh tajam seperti nyamuk pepijat
menggigit dan menyuntik air liur yang mengandungi antikoagulan bagi menghalang
pembekuan darah.
5. Airliur itu juga bertindak sebagai agen bius yang
menghalang kita merasa sakit ketika pepijat menghisap darah. Kita akan mula
merasakannya setelah pepijat berhenti dan meninggalkan kita.
6. Anak pepijat (Nimfa) mengambil masa selama 3 minit untuk
menghisap darah kita manakala pepijat dewasa pula mengambil masa selama 10
hingga 15 minit. Selepas kenyang mereka akan merangkak semula menuju ke tempat
persembunyian mereka.
Tanda-tanda
Gigitan Pepijat
>Rupa gigitan pepijat adalah sama sahaja dengan rupa
kesan gigitan serangga lain seperti nyamuk, semut, kutu, pacat atau
lain-lainnya.
>Namun begitu kita boleh meneka samada ianya kesan
gigitan pepijat melalui pemerhatian pada kesan gigitan tersebut.
>Jika terkena gigitan pertama kali mungkin agak sukar
untuk menelah yang ianya adalah gigitan pepijat, tetapi jika lebih daripada
sekali pada kawasan yang sama secara berkelompok atau linear, ia menunjukkan
bahawa itu adalah kesan gigitan pepijat.
>Kebiasannya menyorok lebih daripada seekor pada tempat
yang sama membuatkan kesan gigitan yang ada senantiasa berligar di kawasan yang
berhampiran sahaja.
>Adanya kesan gigitan lagi pada hari yang keduanya dan
juga pada kawasan yang sama mengesahkan lagi bahawa ianya adalah kesan gigitan
pepijat yang berada berhampiran menyorok di kawasan yang terkena gigitan
tersebut.
>Kesan kemerahan kecil serta terasa gatal yang membuatkan
kita tergaru-garu juga merupakan satu lagi tanda ianya adalah kesan gigitan
pepijat. Garuan kita boleh menimbulkan infeksi atau jangkitan pada kulit.
>Jika kita temui kesan topokan darah yang kecil atau
tompokan hitan berupa najis pepijat, itu menandakan memang sah gigitan yang
kita ada datang daripada pepijat.
Petua
Untuk Menghapuskan Pepijat
Petua 1:
Dapatkan daun durian Belanda berserta rantingnya. Letakkan
di bawah katil atau tempat yang ada pijat.Gantikan daun apabila kering.
Petua 2:
Dapatkan daun pandan (cari daun yang agak besar dan tua)
supaya berkesan untuk menghilangkan terus pepijat itu. Letakkan di semua tempat
pembiakannya dan kawasan yang berpotensi untuk pembiakan.
Petua 3:
Dapatkan minyak serai wangi. Sembur ke tempat yang dibiaki
pijat.
No comments:
Post a Comment