Friday, March 8, 2013

TUN MUSTAPHA Arah 500,000 PATI Diberi IC BIRU


Bisul sudah pecah..
Perlahan-lahan baunya meresap keluar
Bercampur dengan angin yang akan menyerlahkan baunya seantero benua...
*****************************



PENGAKUAN BERANI!.  Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yang lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994.

Oleh : BOO SU LYN DAN EMILY DING

PETALING JAYA : Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan Ketua Menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.

“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.

Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.

Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.

Mustapha, yang merupakan pengasas parti  United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.

USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah  Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang."

Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC".

Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbar The Star pada Jun lalu.

Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.

"Satu alamat digunakan 20 orang," katanya.

"Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya.

Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.

"Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya.

Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.

Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.

Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.

Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.

Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC."

"Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya.

Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir. (TMI)

No comments:

Post a Comment