PETALING JAYA: Kesultanan Sulu tidak boleh
mengembalikan sejarah dengan menuntut Sabah, kata pakar sejarah, Prof Emeritus
Tan Sri Khoo Kay Kim.
Menurutnya
jika keadaan itu digunapakai, maka Singapura harus dikembalikan kepada Johor
dan Pulau Pinang kepada Kedah.
"Tuntutan
mereka (Kesultanan Sulu) adalah sukar dipenuhi berdasarkan apa yang sudah
dipersetujui sejak sekian lama...ia tidak boleh diubah.
"Malah
jika perkara ini dibawa ke Mahkamah Antarabangsa, Malaysia mempunyai peluang
yang lebih baik untuk menang kerana Sabah telah menjadi sebahagian daripada
negara ini untuk masa yang lama," katanya.
Selain itu
menurut Khoo, walaupun pada asalnya Sabah adalah sebahagian daripada Sulu,
namun Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih hak pengurusan Borneo
Utara yang kini dikenali sebagai Sabah pada 1882.
Bagaimanapun
katanya, transmigrasi warga Filipina ke Sabah berlaku secara berterusan kerana
mereka merasakan masih mempunyai hak di wilayah itu walaupun pihak berkuasa
Malaysia menganggap mereka sebagai pendatang asing tanpa izin.
"Saya
terkejut mengapa kali ini mereka menggunakan senjata," katanya.
Selain itu
itu Pengarah Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura, Prof
Kamarulnizam Abdullah berkata Kesultanan Sulu perlu menghormati perjanjian
terdahulu di mana mereka menyerahkan wilayah tersebut kepada kuasa penjajah.
No comments:
Post a Comment