Saturday, March 9, 2013

Anwar saman Utusan, TV3 RM100 juta




KUALA LUMPUR 8 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau difitnah apabila dikaitkan dengan kejadian pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah, hari ini menyaman Utusan Melayu (M) Bhd. dan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3).

Saman fitnah untuk menuntut ganti rugi RM100 juta daripada kedua-dua syarikat tersebut difailkan menerusi firma guaman Tetuan Daim & Gamany di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Anwar, 65, selaku plaintif menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak defendan pertama dan kedua.

Beliau turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng, sebagai defendan ketiga hingga kelima.


No comments:

Post a Comment