Saturday, March 9, 2013

Suluk Malaysia ancam putus hubungan



Inilah buktinya negara Malaysia adalah sebuah negara unik...
negara yang aman dan makmor... Filipino, Indon, Vietnam, Nyanmar...
bahkan orang Itam pun suka duduk di Malaysia neh...
sekali berada di sini... tak mau balik dah....

**************************************

KUALA LUMPUR: Komuniti Suluk di Malaysia mengancam untuk memutuskan hubungan dengan kaum mereka di Filipina sekiranya ketegangan diantara anggota militan 'kesultanan' Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah berterusan.

Ia disuarakan wakil Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) yang berhimpun di hadapan Kedutaan Filipina petang tadi.

Pemangku Presiden PSBS, Faizal Fisar berkata mereka turut menyerahkan satu  memorandum yang antara lain mendesak kerajaan Filipina untuk membawa pulang penceroboh dan membenarkan ekstradisi ke atas pemimpin kumpulan militan Jamalul Kiram III.

"Jika keadaan ini berlarutan, komuniti Suluk di Malaysia tidak lagi mahu dikaitkan dengan kaum Suluk di Filipina," menurut beliau.

Seorang lagi pemimpin  PSBS, Yusop Abdua pula meminta penceroboh menghentikan tuntutan yang tidak relevan ke atas Sabah.

"Disebabkan tindakan segelintir yang boleh dipanggil pengganas, masyarakat menganggap kaum Suluk adalah sama," menurut Yusop.

Sementara itu, pelbagai lapisan masyarakat hari ini meletakkan jambangan bunga di hadapan Kedutaan Filipina bagi mendoakan keamanan di Sabah.

Acara dinamakan "Ops Bunga".

Seorang wanita yang berasal dari Sabah turut kelihatan menitiskan air mata apabila diminta mengulas mengenai keadaan di Lahad Datu.

"Benda yang sudah terjadi, telah terjadi, kita tak boleh buat apa-apa, kita sekarang hanya mampu berdoa, kita tak mahu salahkan siapa-siapa," kata Siti Salwah Kasah, 36, seorang pekerja hotel.

"Tak mahu bercerita pasal politik, lupakan politik, kita satu negara kan? Kita satu bangsa, kita di Malaysia... mana-mana negeri, macam adik-beradik, jangan diusik," katanya.

"Inilah yang saya lakukan demi keamanan. Saya berharap Sabah kembali aman dan ini adalah rayuan saya," menurut Vivian Sarjuni, 38.

"Kita adalah 1Malaysia, usah membeza-bezakan kami," tambah Vivian.

Turut hadir ialah penerbit filem Mohd Sufian Farouk, 20 yang berkata keganasan perlu dihentikan. "Kita ini orang Islam. Hentikanlah perang," menurut beliau.


No comments:

Post a Comment