Apalah nak
jadi dengan anak bangsa ku ini...
Masalah sosial
yang kian membarah melata di mana-mana. Siapa yang harus dipersalahkan, Kemanakah
jari harus ditudingkan? Yang pasti ibubapa yang perlu dipertanggungjawabkan,
kerana anak itu adalah satu amanah. Umpama sehelai kain putih, maka
terpulanglah hendak mencorakkannya bagaimana!
*************************************
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila
semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara
pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status
itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.
Didapati, ada remaja yang kini berusia
15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia
10 tahun. Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok,
minum arak dan mengambil dadah jenis syabu.
MIRA, 15, dari Johor
"PERTAMA kali saya melakukan
hubungan seks ketika di tahun 5. Pasangan saya ialah teman lelaki saya ketika
itu. Masa itu saya tak tahu apa-apa tetapi ia berlaku sekali saja. Masuk
tingkatan satu, saya lakukan sekali lagi bersama teman lelaki juga.
Sejak itu, seminggu dua atau tiga kali
saya buat. Ketika tingkatan tiga, saya mula bertukar pasangan. Pernah! saya buat
dengan dua lelaki sekali gus. Apabila sudah kerap, saya jadi ketagih. Jika dulu
teman lelaki tolong puaskan tetapi bila dia tiada, saya cari orang lain,
termasuk juga yang baru sehari kenal.
Rumah dan hotel antara tempat saya
memuaskan nafsu dan seingat saya, pernah 20 lelaki menjadi pasangan saya pada
satu masa. Bila ketagih, saya cari lelaki yang ada masa lapang. Jika tidak,
saya ke bandar bersama rakan, cari lelaki yang boleh jadi mangsa.
Malah, saya buat jadual untuk aktiviti
ini. Pagi ke sekolah dan petang saya lakukan aktiviti merosakkan ini. Sabtu dan
Ahad saya khaskan untuk teman lelaki, manakala Selasa dan Rabu untuk lelaki
lain. Khamis dan Jumaat pula dengan rakan dan ada juga dengan lelaki lain.
Cuma Isnin saya berehat di rumah kerana
tidak mahu aktiviti saya diketahui keluarga. Kebanyakan pasangan saya berusia
20 tahun ke atas dan bekerja. Jika saya lakukan hubungan seks bersama rakan
sekolah, pasti kegiatan saya mudah terbongkar.
Di kalangan kira-kira 20 kawan
perempuan saya, saya percaya 17 sudah tiada dara. Ini satu kebanggaan buat
kami.
Siapa yang masih ada dara akan kami
kutuk dan pulaukan. Ada juga sebelum ini masih dara tetapi selepas dipengaruhi,
mereka terjebak dan turut menggadaikan tubuh.
Bagi yang enggan lakukan seks, kami
pulaukan dan hasut mereka melakukan seks dengan mana-mana lelaki. Saya berani
kata situasi ini seperti satu trend di kalangan kami, malah sesiapa yang
berkawan dengan mat rempit dipandang hebat.
Sikap cabar-mencabar ini menyebabkan
ramai remaja rosak akhlak, tidak kira lelaki atau perempuan. Remaja lelaki juga
ramai yang tiada teruna kerana mudah dapat 'awek' seperti saya.
Saya kini ketagih, malah sehari pernah
buat sampai lima kali bersama lima lelaki berasingan. Kali terakhir sebelum PMR
pada Oktober lalu dan kini saya masih cuba bertahan. Semuanya berpunca daripada
pergaulan bebas saya bersama rakan."
NANI, 16, dari Kuala Lumpur
SAYA mula mengenali seks tahun lalu
apabila menjadi mangsa kerakusan teman lelaki ketika saya tinggal bersamanya
selama tiga hari selepas keluar rumah. Sejak itu, saya mula ketagih seks.
Apabila ketagih datang, saya melakukan
onani untuk memuaskan diri sendiri, sama ada di tandas sekolah atau rumah. Ada
ketika saya tak mampu tahan sehingga menawarkan diri kepada lelaki, tetapi
bukan rakan sekolah.
Sekurang-kurangnya, sekali sehari saya
melakukan seks. Ada lelaki yang saya kenal dua ke tiga minggu, terus saya ajak
lakukan seks.
Malah pernah saya pelawa seorang lelaki
bangsa lain yang saya baru kenal beberapa minit. Sukar untuk memuaskan
ketagihan saya. Malah saya pernah melakukan seks bersama lima lelaki, namun
masih tidak puas.
Apabila ketagih, saya hubungi mana-mana
lelaki yang saya kenal dan ajak mereka lakukan seks. Biasanya rumah atau hotel
murah menjadi lokasi pilihan saya untuk melampias nafsu. Pernah juga saya
lakukan seks di tepi tasik pada waktu tengah hari kerana tidak mampu tahan
gelora nafsu.
Saya cuba bertahan daripada melakukan
perbuatan terkutuk ini, namun tidak mampu. Perkara ini masih berterusan dan
kali terakhir saya melakukannya dua minggu lalu."
ANIS, 15, dari Negeri Sembilan
"SAYA mula terbabit dengan rokok,
arak dan dadah sejak darjah dua. Semuanya kerana pengaruh mat rempit. Melalui
mereka juga, saya mula kenal syabu. Selain itu, saya kerap keluar bandar ikut
mereka dan mengikuti perlumbaan haram. Selepas menang, kami minum arak
beramai-ramai dan bila mabuk, kami melakukan seks.
Siang saya sekolah seperti biasa dan
petang saya keluar. Saya pernah bekerja di kedai makan dengan gaji RM60 sehari.
Duit ini saya beli syabu yang dibekalkan teman lelaki dan apabila sudah kena,
saya tidak tidur dua ke tiga hari. Pernah saya tidak tidur lebih sebulan
angkara syabu. Dalam tempoh itu saya bekerja di kedai makan ini dari petang
sampai jam 3 atau 4 pagi setiap hari. Dapat duit, saya 'enjoy' dan 'make up'
(mencantikkan) motosikal.
Ramai rakan sebaya saya boleh dikatakan
tiada dara. Bagi kami, dara tidak penting lagi, yang penting seronok dan
gembira. Sesiapa yang ada dara akan diperlekehkan."
SARAH, 15, dari Selangor
"TIADA istilah 'suci' atau masih
dara di kalangan saya dan rakan. Malah, kami mengutuk rakan yang tiada teman
lelaki dan masih dara. Apa salahnya kalau saya dan rakan mahu berseronok dan
melakukan hubungan seks ketika masih muda?
Di sekolah sekitar Klang, saya sering
melakukan hubungan seks bersama rakan lelaki, terutama di kalangan pelajar
tingkatan empat dan lima. Pada mulanya saya tidak berani, tapi perasaan itu
hilang semata-mata tidak mahu dikutuk rakan.
Saya anak sulung daripada empat adik
beradik. Saya tidak suka dipanggil budak perawan di kalangan rakan.
Ketika di tingkatan dua, saya
berkenalan dengan seorang pelajar lelaki tingkatan empat. Bersamanya, saya mula
berjinak-jinak dengan seks. Saya kerap melihat video klip lucah dalam telefon
bimbit rakan.
Kali pertama saya dan teman lelaki
lakukan hubungan seks di sebuah stor di sekolah. Akibat ketagihan, kami kerap
lakukan hingga di luar sekolah, sama ada di rumah atau hotel murah. Dalam pada
itu, saya juga mula berasa bangga dan rakan pula tidak lagi boleh
memperkecilkan saya.
Namun tanpa disedari, saya tersilap
langkah terlanjur dengan teman lelaki. Selepas setahun berkenalan, saya
disahkan mengandung. Kini saya bergelar ibu. Tidak sangka jadi begini, daripada
seronok bertukar menjadi mimpi ngeri buat saya."
NIZA, 16, dari Pahang
"SEBAGAI bukti cinta kepada
kekasih, saya serahkan kesucian (dara) saya kepadanya. Kami menjalin hubungan
sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan dua dan kerap melakukan hubungan seks
jika berpeluang bersama.
Kami terlanjur ketika baru saling
mengenali selama dua hari. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan bekerja. Mulanya
memang saya takut melakukannya, tapi dia mendesak dan menyatakan dia sayangkan
saya. Akhirnya saya tewas dengan pujukan dan sanggup menyerahkan tubuh. Sejak itu
saya mula seronok ketika bersamanya.
Apabila tamat waktu sekolah, dia datang
ambil saya. Ketika itu, jika ada ruang dan peluang, kami melakukan hubungan
seks, tidak kira di mana. Pernah kami lakukannya di kawasan ladang dan semak di
kawasan kampung saya (perkampungan Felda sekitar Kuantan, Pahang).
Selepas lama bersama, saya disahkan
mengandung pertengahan tahun ini. Saya tidak menyesal menyerahkan tubuh
kepadanya, walaupun sekarang kami sudah lama tidak berhubung."
[sumber]
No comments:
Post a Comment