Ini adalah contoh
terbaik
Sejenis lalang yang
tumbuh melata
Lalang tidak boleh
dibiarkan terus subur
Nanti habis akan
merosakkan tanaman...
***************************
PASIR MAS: Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk
Zulkifli Nordin pada Sabtu membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di
Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir,
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk
Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk
Ibrahim Ali.
Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin
Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana
menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama
pembangkang sebelum ini.
"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf
kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki
hamun Tun," katanya.
Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk
ketika Zulkifli berkata demikian. "Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan
Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri)Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik
langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun
kepada negara (memecat Anwar)," katanya.
Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang
diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku
jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di
negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan
ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.
Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat
berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum
ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk
berkuasa.-BERNAMA
No comments:
Post a Comment