Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM) mengesan berlaku perubahan aliran jenayah penipuan di
negara ini apabila penjenayah beralih kepada taktik penipuan atas talian
(phishing).
Kegiatan yang semakin
berleluasa sejak dua tahun lalu membabitkan 872 kes dilaporkan kepada agensi
itu pada 2011 dan 332 kes tahun lalu membabitkan kerugian keseluruhan RM5.2
juta, terutama penipuan urusan perbankan, iaitu pemindahan wang.
Penjenayah
semakin licik
Sepanjang Januari
hingga April lalu, sebanyak 39 kes dilaporkan, sekali gus menunjukkan kegiatan
itu serius.
Pengerusi SKMM, Datuk
Sharil Tarmizi, berkata perkembangan itu amat membimbangkan kerana berlaku
peningkatan statistik kes dilaporkan, sekali gus menunjukkan penjenayah semakin
licik. Malah, katanya, kegiatan itu jika tidak dibendung dikhuatiri boleh
menjejaskan sistem perbankan dan ekonomi negara.
Kegiatan mencuri maklumat ini amat
serius dan seolah-olah menjadi aliran penipuan baru dalam era serba canggih
oleh sindiket tertentu yang beroperasi dari dalam dan luar negara.
Justeru, SKMM, Bank
Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,
bertanggungjawab mendedahkan dan memberitahu masyarakat taktik licik kegiatan
penipuan phishing.
Sementara itu, Ketua
Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia JSJK, Senior Asistan Komisioner
Wong Wai Loong berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan dijalankan berhubung
laporan dibuat mangsa, kebanyakan kes phishing dilakukan pelajar asing warga Afrika di negara ini.
Kita percaya mereka
yang menghantar e-mel
kononnya mewakili bank di negara ini kepada sasaran mereka selepas diarahkan
satu kumpulan induk yang menjalankan atau memantau operasi mereka dari luar
atau dalam negara.
Tujuan mereka beroperasi
dari lokasi negara berbeza adalah untuk mengelakkan kegiatan dikesan pihak
berkuasa di sini, namun ada juga suspek beroperasi dari dalam negara yang mahir dalam menggunakan
program internet bagi menjalankan aktiviti penipuan seperti ini, katanya.
BNM juga sudah
beberapa kali menegaskan, bank di negara ini tidak pernah mengarahkan
pelanggannya untuk menghantar kata nama pengguna dan kata laluan mereka menerusi e-mel sebaliknya
mereka akan diminta menyerahkan butiran peribadi itu ketika menjalankan urusan
perbankan di bank.
awas dengan barang Import |
@Berhati-hati apabila
berurusan terutama berkaitan perbankkan. Mereka ini amat licik dan telah di
rekrut untuk menjadi pro. Kata2 manis itu kadangkala menjadi racun berbisa!
Terutama kaum Hawa. Apa yang selalu dikhabarkan, duit habis dikikis, tanah ladang
yang sekeping itupun dibajaknya hingga lunyai…
No comments:
Post a Comment