Tuesday, July 2, 2013

Bila Kereta Letrik Ganti Petrol Akan TIBA?






Bila harga minyak naik 40 peratus di Indonesia, naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter (harga dulu sekitar, 4,500 rupiah (RM1.40) seliter) habis mengamok dari segala lapisan masyarakatnya yang seramai 240 juta itu. Ertinya, bila naik saja harga minyak sebagai ‘anchor’, maka rantaian barangan lain juga ikut naik secara rela paksa, dari bakso hinggalah yang lainnya. Sikit hari lagi penyakit ini akan merebak pula ke Malaysia, siapa tahu?

Kita percaya ramai yang menanti bilakah Kereta Eletrik Mitsubishi i-MiEV dan rakan sewaktu dengannya akan di pasarkan di Malaysia?. Inilah masanya Kerajaan yang ada menunjukkan keikhlasan membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang dihimpit dengan pelbagai desakan hidup. Ini masalah global sebenarnya. Jika kereta jenis ini dipasarkan, ia memberi keuntungan kepada pembeli dalam jangka masa panjang.

Proton juga ada plan untuk mengeluarkan kereta eletrik saganya unjuran harga sekitar RM70000. Khabarnya akan dikeluarkan pada tahun 2013. Malangnya tahun 2013 telah setengah tahun berlalu… jangankan kata rupa, bayangnyapun masih tak nampak lagi…

Sampai bilakah hendak ditunggu gamaknya… 




No comments:

Post a Comment