Friday, February 1, 2013

Lahir anak - dapat duit?



Singapura: Ibu bapa yang melahirkan anak di republik ini tidak lama lagi akan mendapat hadiah lumayan daripada kerajaan berikutan langkah memperbesarkan keluarga yang didedahkan semalam.

Mereka yang melahirkan bayi warga Singapura pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu akan mendapat bonus wang tunai SG$6,000 (RM14,804), meningkat daripada $4,000 (RM9,870) sebelum ini. 

Syarat ini tertakluk untuk anak pertama dan kedua. Untuk anak ketiga dan keempat, hadiah wang tunai meningkat kepada $8,000 (RM19,741) daripada $6,000 (RM14,804).

Wang tunai itu diberikan secepat mungkin menerusi tiga kali pembayaran dalam setahun berbanding empat pembayaran dalam tempoh 18 bulan sebelum ini.

Bayi rakyat tempatan dilahirkan pada atau selepas 26 Ogos tahun lalu juga akan mendapat akaun Medisave dengan ganjaran $3,000 (RM7,403).

Ini bagi membantu perbelanjaan penjagaan kesihatan anak dan akan dibayar sebanyak dua kali pembayaran.

Separuh bayaran pertama akan dibayar apabila bayi itu didaftarkan kelahirannya dan bakinya akan dibayar pada tahun berikutnya dengan syarat bayi itu mendaftar dengan MediShield. 

Di bawah pakej yang diperbaiki itu, kerajaan akan turut melanjutkan peruntukan MediShield meliputi kacacatan baru yang didiagnosis dan keadaan kelahiran tidak cukup matang. Ia berkuat kuasa mulai 1 Mac depan. - Straits Times

 

@ Hanya sah di Singapura bukan di Malaysia.  Sabar dulu!.  Bahang PRU-13 dah makin dekat ni, dicadangkan kepada pihak pembangkang (yg nampaknya semakin kuat) supaya masukkan isu ini ke dalam manifesto pilihan raya ni, selain turun harga minyak dan hapus tol.... mesti pok jib kata... celaka ko Nuar!

No comments:

Post a Comment