Ayah kepada penyanyi 'Patah Seribu' Shila Amzah, ND Lala
hari ini mengesahkan anak sulungnya telah berjaya ditemui di Kemaman,
Terengganu dan dalam keadaan selamat.
ND Lala semalam telah
membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas penyanyi itu dikatakan
tidak pulang ke rumah sejak pulang dari Shanghai, minggu lalu.
Wartawan telah cuba menghubungi ND Lala beberapa kali untuk mendapatkan
pengesahan namun tidak berjaya.
Beberapa hari lalu, Shila telah menulis di akaun Twitternya
yang dia berada bersendirian di suatu tempat untuk mencari ketenangan.
“Sha sendirian
sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi
ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.
Kemelut antara teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad dan ND Lala
dikatakan antara penyebab kehilangannya bila ayahnya dikatakan menentang
hubungan cinta mereka.
Sebelum itu juga Shila telah membuat kenyataan melalui emel
mengenai kontroversi antara ayahnya dan Sharnaaz.
Shila juga telah memuatnaik videoklip berdurasi empat minit
yang menggambarkan perasaannya di Youtube.
Shila juga dijangka akan berada di Pulau Pinang esok, untuk
bersama penyanyi Korea Selatan Psy
mengadakan persembahan sempena Tahun Baru Cina.
Sumber: awani.com
@ Didoakan semua kemelut akan jernih semula. Pada ibubapa
cuba lihat ciri2 untuk memilih menantu [DISINI] InsyaAllah selamat di Dunia,
selamat di Akhirat. amin.
No comments:
Post a Comment