Monday, February 4, 2013

Tragedi Sadis Pada Gadis Yang Bernama Junko Furuta



Kisah benar ini benar-benar berlaku di Jepun pada tahun 1988. Seorang gadis berusia 17 tahun bernama Furuta Junko, telah diculik dan dirogol ratusan kalinya. Tidak cukup dengan itu, malah diseksa pula sehingga dia menemui ajalnya.

Bagi anda yang normal pasti akan tersentuh dalam mengimbau kisah sadis yang berlaku kepada gadis yang  memegang nama Junko Furuta itu. Mungkin kisah ini sudah menjadi lipatan sejarah sejak 24 tahun yang lalu. 


Sebagai insan yang bergelar manusia pastinya tidak dapat menerima perlakuan apa saja terhadapnya yang sebegitu rupa. Andai kata ia masih lagi hidup sampai kehari ini, sudah tentu telah mempunyai keluarganya sendiri.

Pada bulan November tahun 1988, remaja  A 18, remaja B 17,(Jo Kamisaku.  Kamisaku adalah nama keluarga baru yang mengambilnya selepas dibebaskan dari penjara), remaja C 16, dan remaja D 17. Kesemuanya semua berasal  dari Tokyo. Mereka telah menculik Junko Furuta, pelajar tahun kedua sekolah tinggi (gred 11) dari Wilayah Saitama di Misato. Mereka telah menahannya selama 44 hari di dalam rumah milik kedua orang tua remaja C.

Untuk mengaburi dari diburu pihak berkuasa, remaja A telah memaksa  Furuta menghubungi kedua ibu papanya mengatakan bahawa beliau telah  lari dari rumah, dan kini selamat berada bersama "kawan" dan dalam keadaan baik.

Salah seorang daripada mereka telah mendakwa kepada pemilik rumah itu, bahawa mangsa adalah teman wanitanya. Tetapi itu hanyalah lakonan untuk meyakinkan pemilik rumah itu agar tidak melaporkan  kejadian itu kepada pihak polis.

Furuta cuba untuk melarikan diri beberapa kali dengan merayu bantuan kepada ibu bapa remaja C, tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka takut kepada remaja A akan mengambil tindakan terhadap mereka, setelah mengetahui bahawa remaja A adalah pemimpin Yakuza peringkat rendah (pertubuhan kongsi gelap. Jika di Itali dipanggil Mafia) yang boleh menggunakan organisasi itu untuk menyakiti dan membunuh sesiapa saja yang mereka mahu.

Menurut kenyataan semasa perbicaraan mereka, keempat-empat mereka telah merogol, dan memukulnya. Tidak cukup dengan itu diambilnya objek asing termasuk batang besi dan di tusuk ke dalam faraj mangsa. Dipaksa supaya memakan lipas serta meminum air kencing kepunyaannya sendiri. Tidak cukup dengan itu, mereka menjolok bunga api yang dinyalakan di dalam dubur mangsa. Memaksa Furuta  supaya melancap, memotong puting payudaranya, memjatuhkan bebola besi ke atas perutnya, dan cucuh dengan api rokok serta pemetik api. (hukuman cuba untuk memanggil polis).

Dalam mengalami kecederaan yang begitu parah, Furuta mengambil masa lebih daripada satu jam dengan merangkak ke tingkat bawah untuk beliau menggunakan bilik mandi. (Mengikut pengakuan salah seorang daripada remaja itu).

Mereka bahkan mengatakan kemungkinan kalau 100 orang tahu bahawa mereka menahan Furuta di rumah tersebut, 100 orang yang berlainan itu pun turut memperkosa dan menyiksa mangsa. Pelaku-pelaku itu tidak akan membenarkan Junko Furuta pergi. Malah Furuta telah merayu beberapa kali supaya dia dibunuh saja, agar penderitaan yang ditanggungnya berakhir.

Pada January 4, 1989 dengan menggunakan alasan kekalahan salah seorang dari mereka itu bermain mahjong, keempat remaja itu memukul mangsa dengan bebola besi, menuang cecair mudah terbakar kekakinya, lengan, perut  serta  muka lalu membakarnya.

Dia meninggal dunia tidak lama kemudian akibat penderitaan yang amat sangat. Keempat  mereka  mendakwa bahawa mereka tidak sedar bagaimana Furuta dalam keadaan yang parah dan mereka percaya dia hanyalah berpura-pura mati.

Dalam usaha melupuskan bukti, mereka menyembunyikan mayatnya dalam tong dram 55 gelen dan memenuhinya dengan semen. Mereka membuang drum tersebut di koto, Tokyo.

Liputan Media
Bersama Rakan

Penahanan dan Hukuman

Mereka itu ditangkap dan dibicarakan sebagai orang dewasa. Tetapi di Jepun, kerana jenayah itu dilakukan oleh juvana, identiti mereka disembunyikan dari pengetahuan umum oleh mahkamah.

Walau bagaimanapun, sebuah majalah mingguan Shukan Bunshun bagaimanapun telah melaporkan nama sebenar mereka, dan mendakwa "Hak asasi manusia tidak diperlukan dalam jenayah".  Nama sebenar Furuta dan butiran tentang kehidupan peribadi beliau dilaporkan terperinci  dalam media. Kamisaku dibicarakan sebagai ketua kumpulan itu, dan mengikuti perbicaraan rasmi.


Empat lelaki mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan pindaan "melakukan kecederaan tubuh badan yang mengakibatkan kematian", dan bukannya pembunuhan. Ibu bapa remaja A telah menjual rumah mereka kira-kira 50 juta yen dan diberikan sebagai pampasan kepada keluarga Furuta.

Kerana penglibatan beliau dalam jenayah, Kamisaku dijatuhkan hukuman lapan tahun di penjara juvenil sebelum dia dibebaskan, pada bulan Ogos 1999. Pada bulan Julai 2004, beliau telah ditangkap kerana menyerang seorang kenalan, kerana mengganggu teman wanitanya.  Atas tuduhan itu, Kamisaku dijatuhi hukuman penjara tujuh.

Ibu bapa Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak gadis mereka, dan mengemukakan saman sivil terhadap ibu bapa remaja tersebut dan pemilik rumah di tempat jenayah telah dilakukan.

Terdapat beberapa masalah terhadap bahan bukti yang tidak sepadan dengan fizikal (air mani dan bulu kemaluan pulih dari badan tidak sepadan dengan OKT yang ditahan), peguam yang mengendalikan saman sivil memutuskan tidak ada keperluan kes yang perlu dibuat dan enggan untuk mewakili mereka lagi. (Terdapat spekulasi bahawa bahan bukti mungkin telah tercemar, sebagai contoh, orang yang tidak dikenali yang merogol Furuta.)

Satu perkara yang paling membimbangkan, pembunuh itu kini bebas. Selepas meletakkan Junko Furuta melalui semua penderitaan. Ya, mereka kini bebas! Setelah 8 tahun di dalam penjara.

Semuanya telah dilalui oleh Junko Furuta...

Hari Pertama:  November 22, 1988
-Telah diculik
-Tahanan di dalam rumah
-Seorang telah menyamar sebagai teman wanitanya
-Dirogol (dipercayai lebih 400 kali)
-Dipaksa berbohong kepada kedua ibu bapanya – mengatakan lari dari rumah
-Kebuluran
-Memakan lipas air kencing untuk minum
-Dipaksa melancap
-Dibakar dengan pemetik api
-Objek asing dimasukkan ke dalam faraj & dubur

Hari ke-11: December 1, 1988
-Dipukul banyak kali
-Muka ditonyoh ke lantai
-Tangan diikat ke siling dan badan digunakan sebagai ‘punching bag’
-Hidung dipenuhi dengan darah, bernafas hanya melalui mulut
-Bebola besi di jatuhkan ke atas perut
-Muntah apabila cuba untuk minum air (perut tidak dapat menerima)
-Cuba melarikan diri dan dihukum cucuh api rokok pada lengan
-Cecair mudah terbakar dicurahkan pada kakinya, kemudian dinyalakan api
-Botol dimasukkan ke dalam dubur, menyebabkan kecederaan

Hari ke-20: December10, 1989
-Tidak dapat berjalan akibat kecederaan kaki yang teruk
-Dipukul dengan batang buluh
-Bunga api yang dimasukkan ke dalam dubur dan dinyalakan
-Tangan dihancurkan dan kuku dicabut
-Dipukul dengan kayu golf
-Rokok dimasukkan ke dalam faraj
-Dipukul dengan batang besi berulang kali
-Cuaca sejuk dipaksa tidur di balkoni
-Lidi ayam panggang dimasukkan ke dalam faraj dan dubur- menyebabkan pendarahan

Hari ke-30:
-Menitik cairan lilin panas ke muka
-Kelopak mata dibakar dengan rokok
-Ditikam dengan jarum jahit di kawasan dada
-Puting payudara kiri dipotong
-Mentol panas dimasukkan ke dalam farajnya
-Pendarahan dari faraj kerana kemasukkan gunting
-Tidak dapat membuang air kecil dengan betul
-Kecederaan begitu teruk – lebih 1 jam diperlukan untuk ke tingkat bawah
-Gegendang telinga rosak teruk

Hari Ke-40:
-Merayu supaya dibunuh saja

Januari 1, 1989:
-Dalam seantero dunia bergembira menyambut kedatangan Tahun Baru...
Junko Furuta hanya menyambutnya saja dengan...
-Badan dicacatkan
-Tidak dapat bergerak

Hari ke-44: Januari 4, 1989
-Remaja keparat berempat menggunakan bebola besi menghentam Junko Furuta akibat kalah bermain Mahjong
-Mengalami pendarahan teruk melalui mulut dan hidung
-Menuang cairan lilin panas ke muka dan mata Junko Furuta

Penyeksaan terakhir ini berlangsung selama dua jam. Junko Furuta meninggal dunia lewat hari itu, dalam kesakitan dan penderitaan ditanggungnya bersendirian.  Tiada apa  yang boleh dibandingkan dengan seksaan yang ditanggungnya selama 44 hari.

Apabila ibunya mendengar berita dan butir-butir apa yang telah berlaku kepada anak gadisnya, dia pengsan. Dia terpaksa menjalani rawatan pesakit luar psikiatri. Kerana membayangkan kesakitan tidak berkesudahan itu.

Siapa tahu? Semoga Allah melindungi Junko Furuta, Insya'Allah,
Allah Maha Mengetahui atas Semua Perkara dan Maha Melihat!

 




No comments:

Post a Comment