Malam pengantin bagi pasangan
suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan
kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih
sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab
yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat
:
1)Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri
untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah
saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang
berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya
dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin
menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits
Abu Hurairoh)
2)Berhias dan mempercantikan diri.
Hendaknya seorang isteri
mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya
hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti
mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut
dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan
baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin
maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas
dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami
hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan
bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :
“ Akan tetapi para suami,
mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya
menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak
dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan
baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan
sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.
3)Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad
didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah
merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan
mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya
dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada
Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka
aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari
tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya
sedikit. ”
4)Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan
tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah
saw,
” Apabila seorang dari kalian
menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah
memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon
keberkahan dengan mengatakan : Allahumma
Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min
Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih - Wahai Allah sesungguhnya aku memohon
kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta
Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau
berikan kepadanya.. ”
Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari
Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua
rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa,” Allahumma
Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi
Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin-Wahai Allah berkahilah
aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah
satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki
(kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”
Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas
bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya
maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma
Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah
jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan
kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua
seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”
Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari
Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum
laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki
menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang isteri
menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam.
Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita
melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.”
Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu
bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu
(setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang suami
menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama
baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw
bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin
mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”
Didalam sebuah riwayat, ”
Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya
hal itu akan mengembalikan tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana
diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para
isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan
yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah
tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci.
Lebih wangi dan lebih bersih. ”
Sebaik-baiknya bagi orang yang
ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk
solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari
Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur
sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia
berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu
tidurlah. ”
Wudhu ini merupakan sebuah
anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika
bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya
junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”.
Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah
tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu
dan mandi. ”
Dibolehkan pula untuk
bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ”
Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau
bertayammum. ”
Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri
untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh
Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari
satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian
berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku,
tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”
Dari hadith diatas maka
diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin
Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan
dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap
isteri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami
isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga
kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan
maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan
bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw :
”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia
boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat
Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan
mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’.
Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam
keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam
keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam
ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian
isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ”
Ini sebagai dalil bahwa mencium isteri tidaklah membatalkan wudhu.
Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami
untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan
isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin
Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di
dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal
ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”
Meskipun demikian yang paling
utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan
baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan
dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda
Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan
anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan
banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”
Akan tetapi tidak
diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat
membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi
harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas
berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum
muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar
menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam
kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan
mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”
*Semoga bermanfaat untuk
dikongsikan....
[Sumber]
No comments:
Post a Comment