Taburan penduduk Islam Dunia
|
SEJAK akhir hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel.
Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel,
nampaknya terlalu berkuasa. Siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu
berkuasa. Kita harus selidik untuk
mengetahui siapa mereka ini.
Dr. Farrukh Saleem |
Seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan
Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem mengenai soal tersebut.
Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita
dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus
disalahkan?
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta
di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada
100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100
kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman
moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini'
ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah
bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson
dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka
berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua:
Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang
pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg
mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie
Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang
Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally
penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan
kencing manis). Aaron Beck menemui
terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus
membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi
kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian
embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin
dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara
tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor
mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear
pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno
Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di
pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat
pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu
Ralph Lauren (Polo),
Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin
(Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan
(DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang
Yahudi.
Henry Kissinger,
Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS);
Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush,
Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David
Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor
Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny
Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio
(bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada);
Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas
Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert
Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah
Wolf Blitzer (CNN);
Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald
(Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph
Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York
Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi.
Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata
dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2
bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah
pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker
adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan
Harrison Ford,
George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody
Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley,
Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi.
Antara pengarah dan
penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly
Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael
Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest),
Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) -
semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal
Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan
resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia
tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya:
Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion
di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap
lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam,
setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus
orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya:
Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira
500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao
Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia'
- dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di
puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir
90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti
penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada
negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang
sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40
peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus
di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per)
sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh
negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per
sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan
pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus
daripada KDNKnya.
Kesimpulan:
Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku
yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan
sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara
nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah
2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan:
Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC
ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion
dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman
menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500
bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih
AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah:
Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment