Kebanyakan lelaki
mengalami masalah ini. Dayung tak sampai, perahu dah berlabuh. Terlalu cepat memancut
sedangkan pasangan masih lagi belum bersedia. Hendak didayung buat kali kedua? Kudrat
pula tidak upaya. Anda akan dianggap tidaklah semenggah mana... harapkan misai
saja panjang berjela.
Apabila bangun tidur
diwaktu pagi, jika lelaki mengalami ereksi|tegang, itu petanda yang baik,
kerana saluran darah dapat mengalir terus ke alat sulit dengan lancar. Petua2 apa
yang diamalkan orang lama, sampai boleh berbini dua? Hebatkah mereka. Jika
hendak berusaha disini diturunkan petuanya.
Makan
Badan manusia terlalu kompleks. Masalahnya waktu makan, apa
saya yang dihidang didepan mata semuanya dibedal. Ada makanan yang tidak berapa
bagus untuk lelaki. Cuba elakkan minum air batu dan makanan yang bersifat sejuk.
Contohnya terung, kundur, dan timun. (kebanyakan pokok yang menjalar). Carilah
makan makanan kesihatan untuk lelaki. Contoh: 2 biji telur ayam kampong
dicampur madu seminggu sekali sekurang2nya atau Jamu Gendong. Jamu gendong? Kalau
tak tahu cuba tanyakan kepada mat Indon.
Urut
Tersilap mengambil makanan menjadi punca angin masuk ke
dalam badan. Apabila gagal untuk keluar melalui jalan biasa, ia akan membuatkan
perjalanan darah menjadi tidak lancar. Cuba lihat tapak tangan anda dibahagian
perut ibu jari. Adakah ia membengkak? Orang yang normal akan kelihatan rata. Jika
jawapannya ia, anda pergilah cari tukang urut tradisional yang boleh
diharapkan. Awas, angin juga boleh menyebabkan barah!
Embun
Air embun akan turun melata selepas beralih waktu
ditengah malam. Cari air embun pada daun yang bertakung, letakkan di tapak
tangan dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas nabi saw sebanyak 3 kali,
lurutkan alat itu dari belakang ke depan. Berhenti jika ada tanda tindakbalas.
Cukup setakat itu, ulang lagi dihari berikutnya jika ada masa.
Minda
Datangi pasangan anda dengan kasih sayang bukan dengan
nafsu. Minda memainkan peranan penting ketika melakukan jima’. Jangan gelojoh
sangat. Teknik juga penting, mainkan dengan berselang seli kekadang laju,
kekadang perlahan. Jika terasa gelian, berhenti dulu sekejap sebelum disambung
semula. Tarik nafas panjang2 dan lepaskan perlahan2. Ulang beberapa kali.
Jangan tumpukan sangat pada pepet tu, cuba bayangkan masalah kita sendiri.
Contoh: hutang along tak bayar lagi ke, Esok nak buat presentation pada bos
macamana?... bahan tak siap lagi. Kalau kita takada masalah, fikirkan masalah
orang lain pun tak apa... janji yang penting.... LAMA.
Tabiat
Elakkan kencing di dalam air. Maksudnya, mandi dalam kolam,
kencing pun dalam kolam. Kalau boleh spotkan kencing pada bahan yang keras
seperti batu, kayu, besi dsb.
Banyak petua2 dari
orang lama yang diamalkan sehingga kini. Kerana ilmu tanpa amal, akan menjadi
sia2. Selamat mencuba. InsyaAllah.
@selamat beramal..
No comments:
Post a Comment