Kelmarin aku kesempatan menemani
3 anak yang teruja sangat untuk menonton wayang gambar di TGV WangsaWalk Mall,
Wangsa Maju. Sempena cuti panjang TBC, kebetulan pula mendapat 4 tiket percuma.
Satu teket berharga RM12 dan satu set minuman serta pop corn berharga RM8.50 (staff voucer).
Mereka memilih untuk
menonton filem seram Melayu yang menonjolkan seorang pelakon yang telah pergi berlakon semula. (maaf jika
keterlaluan). Tidak moleklah disebut apakah jodol filem itu disini. Ditakuti
akan menjadi kontroversi pula, disamannya aku 10juta mana aku nak cekau!
Aku sudah sedia maklum
tentang standard Filem Melayu
masakini macamana. (bukan seperti filem di zaman P. Ramlee dulu, yang tidak
jemu-jemu ditonton walaupun berulang kali dan sarat dengan mesej. Menggunakan bidang
seni untuk mendidik masyarakat). Jika nak dibandingkan dengan filem dari luar
jauh sangat dari segi kualitinya. (maaf, bukan nak mengutuk).
Ya, aku sedia maklum masalah buget! Kebanyakan
fileh Melayu memperuntukkan bugetnya lebih kurang RM200,000 hingga yang paling mahal
pun RM2juta. Tempoh pembikinan filem pula memakan masa 2 atau 3 bulan lebih
saja maka sudah siap untuk satu filem.
Jika hendak dibuat perbandingan
dengan filem dari Hollywood misalnya. Sebagai contoh Filem Ghandi, untuk mengolah
skripnya saja mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan, dan banyak pula home work yang perlu dibuat mengkaji makhluk yang
bernama Ghandi ini. Macamana cara beliau
bercakap, cara berjalan, cara makan dan bermacam-macam cara lagi. Buget pula
ada yang menjecah dari RM200juta atau lebih dan yang paling cool, filem mereka
boleh dipasarkan di seluruh pelusuk dunia!.
Berbalik pada cerita tadi…
aku lawan arus!, Jadi aku memilih untuk menonton filem Aksi Hollywood, (bukan untuk mempromosi) filem aksi yang dilakonkan oleh Hero Tua. Di dalam panggung
penuh dengan manusia. Pada hemat aku, Filem ini menarik dan sarat dengan MESEJ.
Antaranya:
1)Kawan
Hubungan antara kawan yang sanggup
mengkhianati kawannya sendiri. Demi tamakkan kekayaan, kawan sanggup bunuh
kawan.
2)Keluarga
Hubungan antara anak dan
ayah. Walau baik atau sejahat manapun ayahnya itu, si anak pasti akan membela
(melindungi) ayahnya sendiri, tidak kira apa keadaannya sekalipun. Begitu juga
sebaliknya.
3)Kesetiaan
Dalam sesebuah organisasi, kesetiaan
seseorang itu tidak berbaloi, apabila tidak diperlukan lagi, mereka akan
dilenyapkan sahaja di atas arahan orang atas.
4)Tanggungjawab Sosial
Walaupun berada di negara
asing, seseorang itu sanggup bertindak demi melindungi keselamatan awam dan atas dasar kemanusiaan.
Tayangan filem yang berbeza
masa, jadi aku terpaksa menunggu selama 30minit. Setelah selesai akupun
bertanya kepada mereka... macamana cerita tadi best ke tak?
Serentak mereka menjawab...
BORING! Tengok Doraemon lagi best!
Emmm, Aku hanya mampu menelan air liur saja...
Emmm, Aku hanya mampu menelan air liur saja...
No comments:
Post a Comment