Sunday, February 3, 2013

Gang6: 8 minit = RM1juta! Apa la sangat kan.. kan...






BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiayai hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.

Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka Pulau Pinang.

Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahu bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan. - MK

@ Alaaa kenapa la korang bising sangat ni.

Apalah sangat dengan 1 juta tu, kan?

Korang ni tak tahu bersyukur ke?

Kan dah macam-macam 1 kami bagi…

Sampai aku pun dah lupa setengah dah!



Br1m ade,, Kr1m ade, Sr1m ade,  1m4u ade,

Tah apa macam2 1  ada…dan yang terbaharu

Sekali lessen untuk bebudak tu… bl1m pun ade…



Apa kerajaan buat semua salah, semua tak betul

Meme la korang neh, berat 66. Watasiyyah la sket!

kata aku: Tegedik-gedik... pas tu dapat sejuta!

Wakaka…..


No comments:

Post a Comment