Friday, February 1, 2013

Kisah Benar: Baru Usia 18 Tahun, Suami Hampir Sedozen!

Baru saja berusia menjejak 18 tahun, Fitriasih sudahpun mengahwini sebanyak 11 kali dalam tempoh 11 bulan, dengan lelaki berbangsa Arab yang berlainan.

Apabila ditanya apakah yang menyebabkan beliau berbuat sedemikian, Fitriasih hanya menjawab beliau terdesak berikutan masalah kemiskinan keluarganya.

Fitriasih adalah seorang daripada ramai wanita yang terbabit dalam perkahwinan kontrak (nikah mutaah. Sering diamalkan oleh kaum Syiah) di mana lelaki akan membayar sejumlah wang untuk bernikah dengan seseorang wanita dalam tempoh singkat sebelum menceraikan mereka.

Perkahwinan dikenali sebagai nikah siri itu didakwa diiktiraf di bawah hukum Islam tetapi tidak di bawah undang2 negeri. Ini bermakna si isteri tidak boleh membuat tuntutan perundangan terhadap kekayaan atau harta suaminya selepas mereka mengakhiri perkahwinan mereka.

Perkahwinan yang tidak didaftarkan itu sering kali disalah gunakan oleh lelaki yang hanya mahu menjalinkan hubungan seks semata2, selain perkahwinan pertama mereka tetapi tidak mahu bertanggungjawab penuh sebagai seorang suami, kata pakar.

Amalan berkenaan juga digunakan kebanyakan lelaki Indonesia yang mahu mengamalkan poligami tetapi gagal mendapatkan persetujuan isteri pertama, kata Maria Ulfa Anshori, ketua sayap wanita Nahdlatul Ulama, kumpulan Islam terbesar Indonesia kepada akhbar Indonesia, Jakarta Globe.
 Sebelum beliau ditahan Rabu lalu dalam satu serbuan pelacuran oleh pihak berkuasa di Puncak, Fitriasih meraih pendapatan lumayan dengan berkahwin dan bercerai lelaki Asia Barat dengan mendapat bantuan dari orang tengah dipanggil Mami.

Perkahwinan terbabit biasanya bertahan antara seminggu hingga 5 minggu dan Fitriasih menerima sejumlah Rp 5 juta (RM1,772) seminggu bagi ‘tugas isteri’ yang dipikulnya. Daripada jumlah itu, 20% akan diserahkan kepada Mami yang mengendalikan tawaran dan rundingan.

“Saya mempunyai seorang ‘orang tengah’. Beliau memberi tunjuk ajar kepada saya,” kata Fitriasih ketika ditahan di pejabat daerah Cisarua di Jawa Barat untuk soal siasat.

Tugasan terakhir Fitriasih katanya adalah menunggu ‘unta’ (terma yang digunakan orang tengahnya) bagi pelanggan Arab - di Tjokro Villas di kampung Ciburial berhampiran Bandung.

Katanya, beliau sepatutnya mengahwini seorang lelaki Arab dalam satu majlis diuruskan seorang guru agama dipilih oleh Mami.

“Saya sekadar mengulangi apa yang dikatakan guru agama itu. Ia adalah ijab kabul,” kata Fitriasih. “Saya tidak tahu dari mana beliau berasal. Saya hanya tiba di tempat yang dijanjikan Mami. Majlis itu biasanya diadakan di sebuah villa atau sebuah apartmen di mana tetamu Arab itu tinggal”. Kata Fitriasih.

“Ia biasanya dilakukan di Jakarta. Sebaik saja berkahwin kami akan terus ke Puncak. Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya boleh bercakap sedikit bahasa Arab dan Inggeris,” katanya. – Agensi

No comments:

Post a Comment