20 Petua Keharmonian
Rumah Tangga:
1)Sering melakukan kegiatan bersama2
1)Sering melakukan kegiatan bersama2
seperti makan bersama, keluar berjalan
berdua2an, beriadah dan mandi bersama.
2)Galakkan isteri tidur di atas lengan
suami.
3)Jaga agar mulut, badan tidak berbau
supaya
suami seronok bergurau-senda.
4) Isteri yang hangat dan romantis
sentiasa
mengharapkan suaminya berada di rumah
bersama2.
5) Ubah gaya penampilan. Agar sedap
dipandang mata.
6)Sekiranya bergaduh, cuka bayangkan
semasa hangat bercinta dan berbulan
madu.
Doa |
7)Kenangkan jasa dan susah payah isteri
mengandung dan melahirkan anak.
8)Sekiranya berlaku penceraian (bagi
pasangan Islam
untuk talak satu dan dua saja) jangan
mudah menghalau
isteri keluar dari rumah sebelum habis edah
kerana
mungkin suami isteri berminat untuk
bersatu kembali (rujuk).
9)Suami kena lebih mesra dengan
keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga
menghadapi masalah,
ibu bapa mentua boleh membantu dari
segi nasihat.
10)Suami jangan tumpu perhatian yang
berlebihan
kepada dunia luar berbanding keluarga
sendiri.
11)Isteri jangan lebih banyak masa
menyibukkan diri
dengan dunia luar, seperti aktif dengan
kegiatan persatuan,
berpolitik atau terbabit dengan jualan
langsung.
12)Sentiasa berlembut dari segi
percakapan, layanan
kepada pasangan dan pergaulan sesama
ahli keluarga.
13)Isteri perlu berhias lebih kepada
suaminya berbanding
apabila keluar rumah.
14)Menjawab setiap pertanyaan suami
dengan lembut.
15)Sekiranya ada masalah, bawalah
berbincang.
Jangan bertengkar dan masing2
menegakkan
pendapat sendiri.
16)Fahami dan hayati sifat pasangan dan
anak-anak.
Suami disifatkan seperti matahari
sentiasa panas,
isteri bulan; cantik, lembut dan indah
dipandang,
manakala anak-anak pula umpama bintang
iaitu sifatnya
sebagai penghibur dalam rumah tangga.
17)Suami isteri perlu mengekalkan sifat
romantis
dan sentiasa berhati muda walaupun
masing2 berusia.
18)Anak-anak jangan dipaksa mengikut
telunjuk
dan kehendak ibu bapa tetapi beri
mereka pilihan yang
sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
19)Keluarga Islam, pastikan sekurang2
dua
waktu sembahyang berjemaah bersama2
ahli keluarga
untuk merapatkan hubungan dan
kemesraan.
20)Jangan beri ahli keluarga makanan
yang tidak
halal atau diragui kehalalannya kerana
bermula
dari makanan membentuk air mani dan
melahirkan
generasi seterusnya.
Oleh Asmungi Sidek
(Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam
Negeri Selangor).
No comments:
Post a Comment