Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak
cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia,
asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup
(berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di
Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang
menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga
makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara
RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.
BANGLO milik Ibrahim |
Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga
1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi
penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini,
sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
kerana masalah saraf dan trauma.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya
datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital
mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat
persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak
Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan
terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad. -HM
No comments:
Post a Comment